Search This Blog

Friday 10 August 2012

THIS IS MY LIFE NOT YOU..

-muhasabah diri jap =) -

Pernahkah kau sedari untuk apa kehidupan ini?
Pernahkah kau terfikir untuk apa atau tujuan apa kau di dunia ini?

Jika jawapanmu 'ya' , teruskanlah kehidupan ini walau apa jua yang berlaku.
Sedarilah dunia ini hanya seketika, hanya pinjaman sahaja.
Apa yang kau miliki kini , mungkin tidak kau miliki untuk esok hari.
Apa yang kau tidak miliki kini , mungkin kau akan milikinya esok hari.

Janganlah kau persiakan hidup ini.
Kerana sesungguhnya kehidupan ini amat berharga walau kau tidak menyedarinya.
Bangunlah dari mimpi. Jagalah dari tidur.

Andai orang membencimu, masih ada yang sayang...
Andai orang memandang rendah padamu, masih ada yang menyanjungimu...
Andai orang mencercamu, masih ada yang memuliakanmu...
Andai orang menyakitimu, masih ada yang menggembirakanmu dan membuatmu tersenyum...

Percayalah...
Hidup ini hanya sementara
Setiap perkara datang dan pergi
Sama ada perkara yang baik atau sebaliknya
Tiada yang kekal di dunia ini...

Hargailah kehidupan ini
Selagi hayat dikandung badan
Selagi nadi masih berdenyut
Tiada apa yang perlu disesalkan
Ubahlah dirimu dari hari ke hari agar menjadi yang terbaik buat dirimu
Bukan untuk orang lain...

Life is belong to us not others...
Always be yourself in your own way...
may Allah bless us.. =)

Thursday 17 May 2012

Doa Buat Dia..

terjumpa di 'facebook'..=)
 
"kita kena sentiasa sedekahkan al-fatihah dan berdoa untuk suami kita walaupun kita belum tahu lagi siapa orangnya..."
Mahu berkongsi dengan sahabat semua sebuah doa khas buat bakal suami yang kita tak tahu siapa...=)


Bismillah...

Ya Allah,
ampunilah segala dosanya,
peliharalah seluruh anggota keluarganya,
berkatilah seluruh kehidupannya,
sejahterakanlah tubuh badannya,
terimalah segala ibadah dan perjuangannya,
dan tuntunilah setiap langkahnya,

Ya Allah,
walau ku tidak tahu siapa gerangannya,
inginku titipkan sedikit harapan untuknya,
jadikan dia seorang yang mencintaiMu lebih dari segalanya,
seorang penyambung perjuangan rasulMu yang setia,
seorang anak yang menghormati kedua orang tuanya.

Ya Allah,
peliharalah ikhtilat dan hatinya,
jauhkan segala gangguan yang merosakkanya
agar dia menjadi hambaMu yang bertambah kesolehannya
Hanya engkau sebaik-baik pemelihara,

Ya Allah,
kelak, izinkan aku sebagai 'Qurratul ain' terbaik untuknya,
dan satu-satunya sayap kiri buatnya...

amiin ya Allah...
amiin..

p/s:semoga nanti dia juga mendoakan kita..amin..perkenankanlah doaku ini Ya Rabb..
May Allah bless..=)

Thursday 10 May 2012

pokok pangkalnya adalah agama ~~

pokok pangkalnya adalah agama ~


Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.
Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada.
Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu.
Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.



Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A : Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

----------------------------------------------------------------

Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik.
Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.



Alice : Ha, ada apa erk?
Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B : Saya…saya…
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B : Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : sebab?
Lelaki B : Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B : Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice : Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.

-----------------------------------------------------------------

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja.
Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa.
Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.


Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak.
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak,
harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana . Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak.
Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin,saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya.
Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia.
Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.


Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

-------------------------------------------------------


Dua tahun kemudian…
Akif merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu : Akif, ibu teringin nak tengok Akif berumah tangga. Akif tak de ke pilihan hati Akif sendiri?
Akif : Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu : Akif, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia.
Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Akif, kita juga boleh menjadi pengubah.
Akif : Ibu.. Akif faham. Insya Allah ibu, Akif akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Akif harapkan, Akif yang akan membentuk dia, mengubah dia.
Akif akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu : (tersenyum) Akif, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia.
dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Akif : Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu : Nur Alissa Zakiyyah…


Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Akif berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Akif ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas.
Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Akif berada di dalam rumah mungkin
sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.
Akif berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..
entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman.
Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?
Akif memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.


Akif : Assalamu’alaikum.
Alissa : Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Akif)
Akif : Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Akif Rahmankan?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Akif terlebih dahulu)
Akif : ya. Akif Rahman Bin Razaq. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya…
Akif : (Akif hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya.
Akif : Siapakah awak? (tanya Akif penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Akif : (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Akif : Alice…(terharu..)
Alissa : Akif, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Akif : Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak…


Akif hanya tersenyum :)

p/s:taking from someone blog..may Allah bless us..=)


Tuesday 14 February 2012

Missing In Action (MIA)

i'm missing in action for 2 weeks..
sorry la ye kawan2..
bukan hilangkan diri main2 pun..
tapi ada tugas dan tanggungjawab yang harus diikuti dan ditunaikan..

nak tau tak apa yang saya buat selama 2 minggu menghilang tu..
hurmm..tak nak tau sudah..tapi nak cerita jugak..sebab 2 minggu tu sangat bermakna dalam hidup..

start from 27 Jan 2012 hingga la 11 Feb 2012..
"270112-310112"
tarikh ni apa yang saya buat ye?
time ni pagi petang siang malam ada kelas teori dan aktivit bina fitness badan..
(i'm not body builder okay)
nak kata nak bagi badan tough takde la sampai macam tu skali..
tapi cukup sekadar membina kekuatan fizikal je..
jaga kesihatan badan,,jantung,,perjalanan darah,,buah pinggang dan banyak lagi la..

"010212-040212"
nak tahu tarikh ni tarikh apa?
tarikh ni la waktu untuk saya praktikal kan apa yang saya dah belajar teori and bina fitness pada tarikh sebelum ni..
hehe..
nak tahu praktikal apa yang saya buat..
haa..jangan terkejut tau..
sepanjang tarikh ni la saya belajar hidup di hutan..
masak makanan sendiri,,tak mandi sepanjang tarikh ni,,hidup tanpa teknologi(no phone,,no laptop,,even berita pasal apa yang terjadi kat dunia skalipun)
hebat kan..
time dalam hutan saya telah di'train' seperti tentera..
bina kubu,,guna senjata(M16 je pun),,daki bukit dalam 1 km sambil galas backpack yang ntahpapentah yang saya bawak untuk survive dalam hutan tu,,berjaga 1 malam untuk menentang musuh,,4 pagi berjaga untuk mission,,share berus gigi sama2.(tak kira laki pompuan),,share makan sama2,,cuma tidur je asing laki pompuan..
banyak yang say belajar dalam hutan ni..
belajar untuk ubah diri saya,,bina jati diri,,didik diri agar tak bersikap pentingkan diri,,menghargai keindahan ciptaan semulajadi Ilahi..
serious sampai tak terkata and tak tercerita tang nak menggambarkan betapa seronoknya hati ni..

050212
tarikh ni saya belajar benda baru..
nak tahu belajar apa?
haa..saya belajar cuci senjata M16 a.k.a laki saya..hehe
pasal M16,,setiap tentera yang ada senjata kena jaga senjata dia macam kita jaga laki or bini kita..
memang kena sayang habis la kat M16 tu..dapat berpisah dengan laki saya bila time M16 tu kena stay dalam bilik simpanan senjata..
dengar macam mudah kan..cuci M16..
tapi anda semua tahu tak saya ambil masa berapa lama nak cuci M16 ni..
2 JAM..percaya tak??
bukan mudah ye..dan2 saya jadi musang bila cuci laki saya selama 30 MINIT..
betapa kotornya laki saya..

060212-100212
pada tarikh ni kami satu squad ditempatkan di 'lapang sasar' kat UUM..
terkejut tengok tempat tu..
macam gurun pun ada..padang jarak padang tekukur la senang dikatakan..
tapi saya positive kan minda ni..
bila lihat tempat macam tu,,subhanallah..
selama ni hanya tahu duduk kat bandar..nampak bangunan2 yang tinggi lampai..
tapi kali ni semuanya ciptaanNya..betapa agungnya kekuasaan Dia..
waktu malam langit sangat cantik..
dihiasi bulan cahaya bulan dan bintang2..
apa yang saya buat kat sini??
haa..nak tahu gak ke??
kat sini takda buat pape sangat la..
tapi setiap pagi kami akan buat fizikal training selama 2JAM..
mmg rasa macam nak mati je buat segala training2 tu..
petang pun kami ada training juga..tapi selalunya 1 JAM je..
selebih waktu tu kami buat reheasal sebab malam 100212 kami kena buat persembahan pada malam akrab depan Jeneral..
bila tiba waktu malam pula kami buat reheasal persembahan sketsa macam biasa..
bila waktu dah cecah 11 MALAM 1 squad semua jadi miring kepalanya..
macam2 aktiviti kami buat..
konon nak hilangkan stress la..kami karoake la,,dikir barat la,,main masak2 la..
tapi paling best bila dapat berborak dengan jurulatih2 kami..
kami korek pengalaman diorang selama mereka berkhidmat sebagai seorang tentera..
mostly jurulatih2 ni kebanyakannya dari REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA..
So,,ilmu hutan la yang banyak kami korek dari mereka..
macam mana life dalam hutan..nak survive dalam hutan..
taktik dan teknik nak hidup dalam hutan..
etika2 dan peraturan yang patut kita buat dalam hutan..
mereka kata hutan ni satu benda yang hidup..so paham2 la kan cara nak layan benda hidup ni macam mana kan..
kalau sesat dalam hutan macam mana nak buat..macam mana nak kenal tumbuhan and buah apa yang boleh kita makan kalau kita hidup dalam hutan tu..
banyak sangat ilmu..
masya'allah..ilmu Allah sangat luas..

pagi 100212
hari ni hari penutup untuk Latihan Khemah Tempatan buat semua warga PALAPES UNiMAP n UUM..
pagi ni kami semua gerak awal dari lapang sasar..5.30 pagi kot bas dah gerak..
nak gi mana ye?
nak gi hari penutup la..
yang merasmikan hari penutup ni 'Panglima Tentera Darat'..
sebelum upacara penutup tu,,kami yang junior ni diberi kesempatan menyaksikan sendiri senior dan intermediate kami buat pertahanan dan mara..
senior sebagai pertahanan and intermediate sebagai mara..kiranya intermediate serang senior la..
kat sini mereka kena bina kubu macam yang pernah kita saksikan dalam filem Leftenan Adnan tu..
dalam kan..
nampak macam seronok..tapi bila peperangan dah bermula,,kami junior2 semua dah risau..bunyi tembakan dan bom bertalu2..
macam warfare betul dah gayanya..
time ni saya teringat rakyat kat bumi Palestin..
macam mana la anak2 kecil tu boleh hidup dengan bunyi letupan bom ngn tembakan..
huru hara mereka dibuatnya..
sedih saat saksikan warfare tu..sedih kat rakyat Palestin..
saya yang dengar bunyi tembakan dan letupan untuk tempoh 1 jam pun dah takut..apalagi saudara2 kita kat luar sana yang tengah berlaku the real warfare..

malam 100212
MALAM AKRAB..
between UNIMAP ngn UUM..
tema:ROCK
malam ni sangat enjoy..
time malam ni la nak luahkan semua rasa tension dan stress..
memang kami enjoy habis la..even makanan tak cukup,,tapi persembahan la yang buatkan kami happy..
rasa time ni macam tengah berhibur bersama keluarga..
yeaahhhh...malam ni juga merupakan malam khas..sebab malam ni birthday our JENERAL..
Young Officer la yang bertungkus lumus buat gimik2 ni pada birthday JENERAL..


untuk para sahabat saya diluar sana..
takyah la nak racun fikiran sendiri yang life tentera ni teruk,,sosial,,tak berhati perut and all negative thinking..
sebab saya sendiri dah rasa..life tentera sangat seronok..
sebab apa??
bila kita tuntut ilmu ketenteraan ni sebenarnya kita dah pun follow sunnah rasulullah..
sebab baginda kita pun dulu berperang juga..
takkan tak ingat beliau bersama para sahabat pergi berperang semata2 untuk pertahankan Islam..
perang Uhud,,perang Khandak,,perang Badar..
begitu juga kita..bila dah ada ilmu ketenteraan andai suatu hari negara ni dijajah,,kita sendiri yang akan tampil diri untuk pertahankannya..


ramai yang menghalang niat saya untuk mendalami ilmu ni..
tapi saya teguh dengan pendirian saya..
saya nak rasa sendiri macam mana perjuangan rasulullah dahulu menghadapi peperangan..
saya sedar saya seorang perempuan..
tapi tak salahkan kalau ilmu ni sebagai persediaan buat saya di waktu akan datang..
and tak salahkan kalau saya nak menuntut ilmu..lebih2 lagi ilmu ni merupakan sunnah nabi junjungan mulia kita..


wuallahualam..
segala yang baik datang dari Allah,,dan yang kurang baik datang dari kelemahan saya sendiri..


sahabatku..
tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..
asalkan ilmu itu tidak bertentangan dengan ajaran Allah dan Rasul..
semoga jati diri kita terus meningkat sebab kitalah harapan keluarga,,bangsa dan negara..
kalau kita tak sedar dari sekarang,,siapa yang akan pimpin keluarga,,bangsa dan negara kita pada masa akan datang nanti..
renung2kan..dan selamat beramal..=D

Monday 23 January 2012

Cemburukah Aku??(PART 2)

pernah tak rasa cemburu?
tipu kalau tak pernah rasa..

tak tahu kenapa dengan diri ini..
kadang kita rasa jealous bila baca status kawan kita..
status yang macam mana?

hmm..
mostly paling terasa bila kita rapat dengan kawan ni tapi dia anggap kita macam tak pernah hadir dalam hidup dia..
padahal time dia susah kita la yang tadah telinga dengar semua masalah dia..
time dia bosan la dia cari kita..
tapi bila tengah happy langsung dia tak cari kita..
asal nak teman meneman kita la yang dia carinya juga..
sedih kan kalau dapat kawan yang macam ni..
bukan la diri ni mengharap apa2..
cuma kalau anda susah anda cari saya,,so kalau anda tengah senang pun kenalah cari saya juga..
tu je yang saya harap dari seorang kawan..
and tak semestinya susah sama and senang bersama kita kena jadikan dia bestie kita..
tanggapan tu salah ye..
bagi saya istilah kawan tu senang sama dirasa,,susah turut sama dirasa..
lain pulak dengan bestie..
dalam kamus saya istilah bestie tu macam dia tu adik or kakak saya..
sama2 caring macam seorang kakak caring adik dia and sebaliknya..
kadang2 caring dia mengalahkan caring seorang ibu pada anaknya pun ada gak..

talking about my bestie,,
setiap kali saya tegur dia,,dia xpernah terasa hati..
mungkin dia terasa hati tapi kami anggap tu macam gurau senda antara kami..
and antara kami tak kisah pun nak marah2..
sebab kami dah berjanji kami akan sentiasa saling menegur kesilapan..
marah tandanya sayang..
selagi dia atau saya tak ubah perangai,,selagi tu la kena marah atau istilah lain macam kakak marah adik dia..
kami tak pernah bergaduh..kalau ada pun esok dah okay..tu pun sebab emosi terganggu..

teringat bila pernah tanya pendapat bestie about my future..telling my problem..
hmm..my bestie ni kalau dia nasihat,,dia nasihat sungguh2..
selalu je kot dia buat saya nangis..(sebab dia marah saya)
tapi saya sedar..dia marah sebab dia sayang kita..
dia tak nak kita pilih jalan yang salah..
dia tak nak kita menderita and sedih selalu..
hidup saya bertambah kuat bila ada dia..
walau kami jarang berjumpa..sebab dia jauh dari saya..
saya kat perlis..dia kat sabah..
pernah sebelum dia pergi sabah dia menangis2 tak nak pergi..
sebab dia tak nak tinggalkan mak dia sorang2..(memandangkan dia takde ayah and ada sorang abang je yang masih belajar lagi)
tapi apakan daya,,dia kena sambung study juga sebab dia nak ubah family dia..
hidup dia sederhana saja..paham2 la kalau hidup tanpa seorang ayah..
and paling bangga dengan dia sebab dia tak pernah meminta..
sebab dia tahu mak dia susah cari rezeki..

so,,konklusinya di sini..
kalau saya rasa jealous kat sorang kawan ni,,saya akan teringat kat bestie saya..
hope sangat dia tak lupa jasa dia and apa yang telah kami sama2 lalui..

awak..awak..kita sayang awak..sayang sangat-sangat..
and kita tahu awak pun sayang saya..
cuma awak tak pernah luahkan je kan..


maaf..kalau bab2 persahabatan ni saya mmg tacing2..
bkn apa..cuma rasa kadang2 tu tak dihargai..
saya pun manusia..ada hati dan perasaan..