Search This Blog

Sunday 28 August 2011

Ramadhan Bakal Ditinggalkan....

counting...counting...
tak lama lagi kita bakal meninggalkan Ramadhan..
sedih rasanya..
kenapa?
time bulan ni la kita nak cari keredhaanNya..nak cari rahmatNya...
kan..kan..kan..
kalau kita hayati betul2 bulan Ramadhan ni,,bulan ni yang dirasakan sesuai untuk kita muhasabah diri kita..
bulan ni juga la kita boleh tenangkan diri kita..
sebab bulan Ramadhan ini juga la kita kawal hawa nafsu kita,,belajar berjimat,,belajar kawal perasaan,,belajar banyakkan sedekah..
dan bulan ni juga bulan yang paling mulia..terasa macam hidup ni sangat selesa,,sangat aman,,sangat tenang dan damai je hati ni..

sedih...hiba...
harap2 sempat la merasa Ramadhan yang akan datang..
insya'allah kalau ada rezeki..

so,,di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa,,terlajak kata,,terguris hati..
kalau dah berblog ni paham2 je la kan isi blog tu macam mana..
nama pun manusia..ikut mood je..
mood baik isi blog pun baik kalau mood tengah swing,,hmm,,hampeh,,semua kata2 yang tak elok pun diluah juga..

selamat hari raya aidilfitri ku ucapkan buat semua pembaca blog ini(even i know that blog ni tak ramai visitor..)..maaf zahir dan juga batin..sama2 kita raikan hari kebesaran umat Islam dengan penuh kesyukuran dan penuh penghayatan..semoga kita semua diberkatiNya..aminn..(walaupun raya tahun ni macam tak raya..sebab terlalu bz dengan hal duniawi..dunia..dunia..huhu)

Saturday 27 August 2011

Menjadi Baik Bukan Suatu Perkara Mudah...

pernah tak terfikir nak jadi baik?
and pernah tak terfikir kita ni sebenarnya dah cukup baik ke belum?
pernah tak tertanya sebenarnya apa yang di istilahkan dengan baik ni?
pernah tak tertanya-tanya baik ni baik yang macam mana?

cuba kita selami diri kita and nilai..
selama ni kita dah cukup baik ke?
baik yang macam mana?
orang selalu puji kita ni budak baik..tapi rasa tak depan Allah kita ni baik tak?
sempurna ke kita ni?
layak ke kita nak menghuni syurganya?
layak ke kita?

kembali pada persoalan tadi..
macam mana nak jadi baik?
sebelum kita nak jadi baik kita kena define dulu apa itu 'baik'?
most orang akan jawab 'sesiapa yang beriman pada Allah itu 'baik'..
so,beriman dengan Allah tu macam mana pulak?
rasa-rasanya semua orang tahu jawapannya..
iaitu 'buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Allah larang'..
common word 'amar makruf nahi mungkar'..
maka melalui jawapan di atas sahaja kita dah boleh nilai diri kita ni orangnya baik yang macam mana..
if ada yang belum settle maknanya kita belum cukup baik lagi..
sebagai contoh,,perempuan yang solatnya sempurna tapi tak pakai tudung..tu belum cukup baik lagi..
perempuan yang menutup aurat,,solat sempurna tapi sentuh bukan mahram..tu pun belum cukup baik lagi..
tu contoh untuk perempuan..
kalau bagi lelaki pula,,solatnya sempurna tapi bertepuk tampar dengan bukan mahram..belum cukup baik lagi la namanya tu..

Allah pernah berkata,,
'masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata'
(surah al-Baqarah:ayat 208)

jelas dan nyata Allah dah statekan selagi kita tak embrace Islam tu penuh, belum cukup baiklah kiranya..
okay..tutup cerita..

actually nak buat perkongsian..
baru saya sedar kini 'sebaik' manakah saya selama ini..
pasal solat setakat ini alhamdulillah..
tapi perasan tak kusyukkah kita selama kita serah diri pada Allah?
selama kita solat ada rasa tak kesan solat dalam kehidupan seharian kita?
kita paham ke bacaan solat selama kita solat ni?
solat cukup tapi rasa tak dalam sehari tu mesti je ada masalah yang timbul?
kalau bukan masalah besar,,masalah kecil yang kadang kita tolak tepi..
tambah pulak kalau hangout dengan member keluar dengan bukan mahram,,pergi karaoke,,tengok wayang,,round satu mall tanpa arah tujuan,,masuk kedai keluar kedai..
solat tu kan mencegah kemungkaran tapi kenapa kita masih lagi buat perkara2 lagha..
there might be something wrong with our amalan seharian kita..

tu pasal solat..
Islam sendiri dah kata kita hidup ni berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah..
tapi cuba kita renung semula..
dalam seminggu berapa kali kita baca al-Quran?
berapa banyak amalan kita yang berlandaskan as-sunnah?
sedarkah kita?

sesungguhnya syaitan itu tak pernah mengaku kalah and menyerah diri untuk mengoda anak2 Adam melakukan perkara yang ditegah oleh Allah..
cuba kita singkap kembali hubungan kita dengan manusia..
selama kita berhubung dengan orang pernah tak timbul perasaan hasad dengki,,cemburu,,benci,,buruk sangka..
tipu kalau tak pernah..hal yang sebegini je kita dah boleh nilai diri kita..
sempurnakah kita sebagai seorang Islam?
layakkah kita sebagai seorang Islam?

apa yang saya perasan dalam dunia yang serba maju dan moden banyak pertelingkahan,,perbahasan dan perselisihan pendapat berlaku..
mostly pasal makanan..
agree tak?
makanan zaman sekarang dah macam2 jenis rupa dah..ada yang kita pernah makan,,ada yang kita tak pernah makan..ada yang halal,,ada yang haram..and kebanyakannya yang diragui yakni syubhah..
paling hot sekarang ni pasal boikot memboikot..
pada pendapat anda wajarkah aktiviti boikot memboikot ni?
pasti ramai yang kata 'ya' kan..sebenarnya benda ni terpulang pada diri masing-masing..
tapi pada pendapat saya tak wajar..selama ini saya belum pernah dengar lagi ada ayat al-quran atau hadis yang ada menerangkan isu boikot memboikot..
kita hidup bermasyarakat..saling memerlukan..
pernah tak terfikir kalau Malaysia memboikot sesebuah negara..contohnya China..
apa akan berlaku antara hubungan Malaysia dan China?
pasti bermusuhan..mungkin juga akan berlaku peperangan..
Islam tak pernah ajar umatnya bermusuhan..
so,,fikir-fikirkanlah ye..

nampak gaya semacam hampir lari tajuk ni..setakat inilah dulu perkongsian saya..
entri ini bukanlah untuk mencari kelemahan orang lain dan menilai orang lain tapi untuk renungan bersama..
saya meletakkan diri saya supaya kita sentiasa muhasabah diri kita..
saya sentiasa tertanya-tanya macam mana nak jadi seorang yang baik..
bila dah tahu jawapannya,,hmm,,bukan mudah ye untuk kita mengubah diri kita yang sekarang ni..
saya akui untuk menjadi seorang yang baik bukan suatu perkara yang mudah..
perlu sentiasa muhasabah diri,,nilai semula diri kita,,ubah perbuatan,,percakapan,,dan hati kita yang semakin hari semakin tergelincir dari Islam..

idea ini terhasil daripada pembacaan saya from novel "VERSUS" by "HLOVATE"..
hiduplah keranaNya..kerana Dia tidak pernah melupakan kita..kita sahaja yang selalu lupakan Dia..

you'll never reach perfection because there's always room for improvement..yet all the way to perfection you'll learn to get better..Aminn..=)

Thursday 25 August 2011

Hidup Tak Selalunya Indah....

hidup tak selalunya indah..
bila kita perhatikan mereka betapa bahagianya mereka..
ketawa,,bergembira,,disayangi,,dikasihi..
tapi tahukah kita cerita dan sejarah hidup mereka??

it happen two weeks ago..
my mother's friend bring her son to my house..
he is a little boy 3 years old..such a cute boy..
and i love looking at his beautiful eyes..
he is an active boy..wanna make friend with me..
happy for it even at the first time it seems annoy with kids..

mother's friend:adik,adik main dengan kakak ye..jangan nakal2 ye..
adik:ye mama..(sambil menarik tanganku)adik nak tengok kartun..
me:jom2..alaa..adik,kat tv takde cite kartun la..kita tengok ikan nak..
adik:adik nak sayang ikan..(bawa ikan depan tv..minum susu dan baring sebelah ikan..)
memandangkan this boy sangat active,,semua benda dia nak tahu..
adik:abi,ni apa?adik nak main ni..
mother's friend:kakak la adik..bukan baby..
terkejut aku..what??he call me baby..haha
me:(ketawa dalam hati)ni radio la adik..tak boleh main..
adik:(main tekan2 punat di radio)
and radio tu pun berbunyi bila punat "on" ditekan..aku ingat dia terkejut sebab keluar suara..tapi dia boleh berjoget..haha..lawak la budak kecik ni..
walaupun nakal tapi seronok..mula2 rasa macam..erghh...i hate kids..but i'm realize that they can make us laugh and release our tension..
time his mom ajak balik.....
mother's friend:adik,jom balik..
adik:tak nak..nak main ngn baby..
me:(erk??)
mother's friend:kakak la adik..kita balik dulu la..esok kita datang lagi..
adik:adik nak bawa ikan..
me:boleh..esok datang lagi ye..main dengan kakak lagi..okay..bye..
that boy pun balik..kadang2 seronok layan dia..such a hyperactive kid..

tapi,,tahu tak siapa sebenarnya budak itu??
hidup dia tak macam kita..
kita nampak je dia happy..
tapi bila kita tahu history of his life rasa sangat sedih..

mom:budak tu bukan anak dia..
me:eh..yeke..habis tu anak siapa?
mom:anak angkat je..tapi dia sayang budak tu macam anak sendiri..dia jaga anak tu pun macam anak sendiri juga..dia dah jaga budak tu sejak budak tu umur seminggu..
me:owh..mak ayah budak tu rela ke orang lain jaga anak dia?
mom:family dia orang susah..ayah dah meninggal..mak dah kawin ngan laki lain..adik beradik dia ramai..tu yang kawan mama amik dia jadi anak angkat tu..
me:habis tu,mak dia amik tahu pasal anak dia tak?
mom:mula2 dia relakan kawan mama tu jaga sebab kesempitan hidup..tapi belakangan ni family dia nak tuntut budak tu balik..gaduh juga la..tapi kawan mama tak bagi juga sebab dia memang nak jaga budak tu..
me:owh..ingatkan anak kandung kawan mama..anak angkat rupanya..

dalam hatiku terdetik disebalik keriangan wajah budak itu rupanya ada keperitan..mungkin dia tak rasa dan hadapi ketika ini..tapi akan dia hadapi untuk masa akan datang dia..
boleh ke dia terima yang mak dia sekarang cuma mak angkat sahaja?
boleh ke dia terima sebenarnya keluarga dia tak sempurna seperti yang dia jangka?
boleh ke dia terima keluarga kandung dia semula?lagi2 bila dia dapat tahu dia ada ayah tiri dan dia seorang yatim?
sayu hati ini mengenangkan masa depan yang bakal dia terima..
boleh ke dia terima hakikat?
jika perkara sebegini berlaku pada aku,,mungkin aku tak kuat..
mungkin aku tak boleh terima kenyataan dan hakikat..

aku cuma boleh berdoa semoga adik akan redha dengan kenyataan hidupnya yang akan datang..mungkin sekarang dia belum mengerti apa2 kerana dia hanyalah seorang budak lelaki yang baru mengenal dunia..
tapi apabila usianya semakin meningkat,,pasti dia akan mengerti semuanya..

apabila kita melihat keriangan seorang insan,janganlah kita terus judge hidup dia lebih bahagia daripada kita..
tapi kita kena ingat bukan semua orang yang gembira itu hidupnya bahagia..kita tak tahu sejarah hidup mereka..mungkin lebih jerih dan perit daripada kita..hanya Allah yang tahu..
disebalik kedukaan ada keriangan,,disebalik kegembiraan ada keperitan..

Tuesday 23 August 2011

Now I Know The Reasons.....

now i know the reasons why,,
dia buat aku macam ni dulu..
and now aku pulak buat kat someone yang aku paling sayang sepertimana dia buat kat aku dulu..
yeah..we do nothing without think it too much right..
membuta tuli je tanpa fikir sebab dan akibatnya kan..

dia,,someone yang pernah broke my heart..
aku ingat aku boleh teruskan hubungan yang rapat dengan dia even we are not together..
tapi one day dia terus terang that dia couldn't be with me..
sehingga aku meletakkan dia harapan yang tinggi which maybe someday u'll be my good best friend..
but,,dia dah broke sume tu..buatkan aku lebih berhati-hati coz aku takut disakiti..
sejak hari tu i seems  to learn not believe others yang kita baru kenal..
memanglah berkawan,,share story and mostly bila kita jadikan seseorang tu orang yang paling kita percaya tu seronok..semacam rasa satu kebahagiaan..
tapi tak semudah tukan bila dia tak sudi nak serapat-rapatnya dengan kita..
kita terpaksa ikut kehendak dia even kita sayangkan sangat our friendship..

and now,,i guess i do the same thing what dia dah buat kat aku dulu..
cuma bezanya aku buat dekat orang yang aku paling sayang..
siapa??biarlah aku je yang tahu..dont force me..

apa aku dah buat dekat orang yang aku paling sayang??!!
aku sendiri tak sedar sebenarnya..
first2 gaduh hal kecil je..and taktau sape yang start dulu..
mungkin ego aku yang tinggi sangat kot..and ego orang tu pun tak kurang hebatnya..
orang yang paling aku sayang..
i just want u to know that i have my own reasons why i should do like that..
seems u dont understand sebab i know that i love u much and u also love me too..
mesti u ingat i dah pecahkan kepercayaan antara kita kan..
tapi mungkin itu yang i nak dari u..
u tau tak,,i buat macam ni sebab kita akan terpisah jauh..
maybe lepas ni mungkin kita nak jumpa pun setahun sekali..
for 4 years kita akan berpisah..maybe it more than it..
i sangat sedih nak tinggalkan u..
takkan u tak sedih?
mesti u sedihkan..tipu la kalau u kata u tak sedih..
i nak buat course nursing kat pahang pun u tak bagi..sebab jauh..tu reason u..
tapi now it seems so far far far..lagi jauh dari pahang..perlis u..perliss....
i taktau macam mana hidup i without u..
sebelum ni johor..oklaah..taklah jauh mana..tiap minggu boleh balik..u kira je la sepanjang i kat matrik berapa kali i balik..at least setiap kali cuti sem i balik..
u pun tak berapa nak risau coz ada orang yang boleh jaga i,,boleh jadi spy u..
now,,perliss..sape yang ada kat perlis..my friends pun berapa kerat je yang dapat kat sana..boleh kira pakai jari je..nak pasangkan bodyguard and spy pun u tak boleh..

u tau kenapa i pilih hujung malaysia..
sebab i tak nak u pasang spy..
macam la i taktau u pasang spy..because everywhere i go rasa macam ada orang ikut i and report kat u apa yang i buat..time kat matrik dulu..ramai je member2 i yang u kenal..
and i juga nak belajar rasa bila berjauhan dengan u..takkanlah nak always dengan u je kan..
and the most important i nak blajar berdikari and learn to manage myself sebab akan datang hidup i akan lebih mencabar..
u boleh survive ur live because u lebih dulu makan garam dari i..
and u pun pernah cerita ur parents dont care about ur life..yang parents u tau anak2 dia tau cari makan and urus diri..the most important ur parents dah bagi education sama rata between ur siblings..
i just want u to pray of my success and bless me in everything i do..
u have..u have..

nak tau sebab apa i buat macam ni kat u,,sebab..........
1)i hope i will b strong without u
2)i hope u hate me (just little) coz i dont want u sad when i'm not around u..
3)i hope i dont feel so sad when i'm miss u..
4)i hope on my last day with u,,u seems to feel dont lost me at all..
5)i hope i can accept that i will far far away such a long distance with u..

and i hope u..............
1)dont bother me at all coz i dont want miss u..it just make me 24/7 think about u..
2)give me chance to manage myself in my own way coz i want to find the real of me..
3)forget about me for just 4 years only coz i dont want 24/7 i feel like i had lost u..
4)pray for me and bless me..
5)could find someone else to be with u coz i dont want others getting jealous with me..

thank you for everything yang u dah buat untuk i..be my bestie..i know u had share all of ur secrets,,problems and all ur worries..i know that..tiada yang u rahsiakan daripada i kan..i know everythings kan..cuma i je yang tak cerita semua pasal i kat u..i love u much..hope u live happily without me and take care of urself dear..i know u strong enough than me right..hope u not miss my babbling,,my hard laugh,,and my ranting all that..u always in my heart my love..just pray for me..just that what i want from u..i know u dont read this entry but i hope Allah send it to u..i always pray for u..forgive everything of my fault..

sedih sangat sangat bila kita terpaksa berpisah dengan  orang yang paling kita sayang..i love you..may Allah with us..

Friday 19 August 2011

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Diberi...

Alhamdulillah..
walaupun tidak seperti yang diidamkan dan diimpikan selama ini,,tapi tetap bersyukur sebab dah dapat apa yang dimahukan..
sebab orang lain mungkin tak senasib baik macam kita..
ada lagi orang yang kat luar sana tak miliki apa yang kita miliki..
mungkin mereka juga tak makan seperti apa yang kita makan..
atau mereka juga tak pakai seperti apa yang kita pakai..
so,,i try to love it..and will care what i get will full of my love..


 sayangnya tak ada bluetooth..and orange color??
lepas ni ubah imej jadi rock style..haha


love the speaker..haha


love this shoes more..but it looks more girly...(geli..)haha

try to accept it..try to love it..try to take care it very much..because nobody wouldn't have what you have..=)

Thursday 18 August 2011

I Can't Stop Smiling...

i can believe it!!!
i love you DAD!!!
wow...hard to say because i cant stop smiling since he gave me the present..
i thought that he will buy my present this weekend..
but,,he buy it today..
i'm so happy..
thank you so much DAD!!
and i think it also from my mom..
love both of you..
MOM AND DAD!!!
love you much..

Alhamdulillah..=))

Wednesday 17 August 2011

Hate Shopping when............

time ayah beritahu lepas sahur, pagi2 pukul 10 nak pergi shopping kepala lipat maut dibuatnya..
what??shopping??huh??
lumrah perempuan kan bila dengar perkataan 'SHOPPING' terus segar..
lagi2 bila bulan 9 ni nak masuk uni..
lagi la berkobar semangat nak shopping tu..
huh..nak beli kasut la,,pakaian la,,barang2 yang patut la..hmm..
nasib baik list barang yg nak kena beli dah siap..tak perlu la nak pening kepala pikir barang apa yang kena beli..

shopping time is starting..
went shopping with my dad,sister and brother..
first,,agenda pertama semua nak beli kasut sport..dalam 2 3 kedai juga la nak mencari yang murah+kualiti+berkenan..rambang mata..ni tak kena tu tak kena..ingat nak tukar fikiran beli sneakers je..ayah xbagi pulak..dia kata better sport shoes..sneakers guna tak lama and kalau untuk sport tak berapa sesuai..hmm..okay!!at last aku dapat beli kasut at BATA shop..lega 1 barang dah selesai..
teruskan perjalanan cari kasut adik2 and seluar jeans mereka pulak..erghh..dalam 2 3 kedai juga la jelajah..hmm..at last beli jeans for my sister..
satu item je dalam 2 3 kedai..kalau 10 item??parah la..aku dah buat muka bosan dah..huh..dah la cuaca pulak terik..memang la kan..
masuk mall cari kasut formal aku..okay la..sebab aku jenis kalau masuk 1 kedai mata melilau je maknanya tak ada yang berkenan la tu..tapi kalau masuk kedai mata dah aim kat satu barang tu,,hmm,,maknanya barang tu la yang aku berkenan..and erus beli tanpa pikir 2 3 kali..kalau tak alamat berubah hati la jawabnya..hmm..
masuk kedai keluar kedai...masuk kedai keluar kedai..at last dapat la beli jens for my brother..huhu..kat bundle jugak jadi pilihan..
tapi paling menguji kesabaran aku time nak cari kain hitam untuk masuk uni..huh..memang payah betul..
masuk kedai ni tak ada saiz..masuk kedai sana color hitam pulak tak ada..masuk kedai ini,,habis stok pulak..masuk kedai lain tak ada saiz jugak..aduhh..letih..kebanyakan kedai kata dah habis stok and tak ada saiz..kecik sangat ke aku ni??lambat sangat ke beli??
at last kat dalam mall jugak yang ada..alhamdulillah la..akhirnya jumpa jugak..dekat 10 kedai juga la dok usha2 kain hitam tu..haru betul..
selesai cari kain hitam buat gambar ic pulak..nasib baik orang tu kata gambar siap dalam 30 minit..so i went to watsons..cari barang keperluan untuk masuk uni..my dad and adik2 xikut sebab aku yang xbagi ikut..kalau tak..hmm..makin lambat la..at the same time dorang cari jam for  my sister..okay..hampir kesemua barang yang dilistkan untuk preparation uni hampir complete..
baru semangat nak balik coz semua barang yang aku nak dah dapat..BUT......
OH NO!!kasut sport dorang tak beli lagi..sigh...
at last my dad ambil keputusan beli semuanya at BATA shop..shop where i buy my sport shoes..sabar je la..maybe dia decide camtu sebab dia pun dah penat..huhuhu...time dorang tengah pilih2 tu aku buat muka bosan and ignore all the suggestion...HA..HA..HA...sangat penat!!
dari pukul 11 pagi sampai la 3 petang..4 jam..ssiapa yang tak penat kan..

my dad ask me..kakak nak laptop ke?
me:huh??bukan dah ada ke?
dad:tu ayah punya..ni nak belikan untuk kakak..nak laptop yang macam mana?
me:nak netbook..kalau ayah nak belikan notebook better xyah beli la..guna ayah punya je..
dad:jom la kita p survey..kalau tak berkenan nanti ayah pergi loke yatt (betul ke aku eja ni..lantaklah..haha) ayah cari..nak model apa?
me:entah la..tak tahu sangat la pasal benda2 macam ni..ikut ayah la..
dad:okay..kalau ayah busy ayah beli yang kita survey tadi tu je la..acer?ok kan..kakak tak kisah kan..
me:ikut ayah la..kakak boleh je..

at kedai phone..
dad:nak tengok phone la..(memandangkan phone dia dah nazak)
me:boleh je..jom la..(sambil menyelam minum air..hehe)
wow!!nampak nokia-X3..my phone idaman..
me:bro..range phone ni dlm brapa ye?
tauke kedai:RM510
me:okay..(sambil tersenyum)i tanya je dulu..
dad:nak ke?
me:huh?phone yang ada sekarang pun baru setahun jagung..tak puas guna lagi..tak kan nak tukar..tunggu phone yang ada sekarang ni rosak la..
dad:betul tak nak?
me:hmm...betul..sayang kat phone sekarang..tunggu phone ni rosak dulu..next phone baru nak nokia-X3..
dad:okay..ikut la..

lalalalalala....pucuk dicita ulam mendatang..dah lama mengimpikan sebuah netbook dan nokia-X3..tetibe pulak ayah tanya macam tu..ribut xda..angin xda..taufan katrina pun takda..hmm..ni mesti kes hadiah birthday hari tu...tak pun kes sebab anak dia yang manja and gedik nak sambung blaja nun hujung Malaysia..haha..love ayah..even my dad is not a romantic guy,,but he always find out what his children dream off..not like my mother always give surprise and sometimes dont know what her children dreams..she's random..even we are not dream it but we feel happy for her gift because it surprise..i love surprise..so,,very thankfull whatever they want to give for us..

kita hidup biar bersyukur moga akan datang ada rezeki yang lebih nikmat dan rahmat dari sebelum ni...ingatlah jika hari ini kita hidup senang esok lusa kita tak tahu dimana nasib kita..mungkin lebih senang dari semalam mungkin lebih papa dari sebelum ini..sebaik-baik pemberian dari seseorang ialah doa yang berterusan..itu yang terbaik,,itu yang afdal,,itulah yang mulia..
ingatlah kita hanya hamba..apa yang kita miliki tidak selamanya milik kita..

Fruits Basket-Serenade

Tuesday 16 August 2011

Alhamdulillah..selangkah ke hadapan..

alhamdulillah..tanggal 15/8..
aku sangat bersyukur hari ni..umurku genap tambah setahun lagi..
maknanya hidupku lepas ni pasti lebih mencabar dan banyak dugaan yang bakal ditempuhkan..
sangat berterima kasih pada teman-teman dan keluarga tercinta yang wish and mendoakan diriku..
amin ya rabbal'alamin...semoga hidupku diberkatiNya dan diredhaiNya..

aku tidak mengharapkan hadiah berupa material..
cukup sekadar kalian mendoakan diriku moga panjang umur,,murah rezeki dan dipermudahkan urusan2 duniawi dan akhiratiku..
dan xlupa juga semoga kita semua dibawah lindunganNya dan rahmatNya.
itu pun sudah memadai bagi diriku..

ya Allah,,hari ni hati sangat berbunga2 kerana Engkau memberiku peluang untuk terus hidup di dunia dalam mencari redhaMu..
ampunkanlah dosaku..semoga dengan kelahiran baruku ini akan lebih bermakna bagiku dalam mencari identiti sebenar diriku sebagai seorang mujahid di bumiMu ini..
tiada yang layak memberikan aku kehidupan sebegini melainkan diriMu..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

jauh di sudut hatiku,,sudah lama ye aku menetap di bumi Allah..tapi apa yang telah aku sumbangkan kepada penciptaKu..aku hanyalah hambaMu yang lemah..pimpinlah aku ke jalanMu..aminn..

rasa sedih sedikit bila orang yang kita tunggu2 tidak wish kitakan..hmm..tapi apakan daya..kau bukan milikku..tidak aku memaksamu..semoga kau diredhai dan dibawah rahmatNya..aminn..

Wednesday 10 August 2011

Indahnya Warkah Dari Mu...

indahnya warkah darimu..
gaya bahasa nan indah..
tiada yang setara denganmu untuk mencipta kata-kata yang begitu puitis..
aku teruja saat aku menghayatinya..
sangat terharu juga saat aku diperdengarkan dengan kata-kata darimu..
lagi indah bila warkahmu dibaca dengan lafaz yang syahdu..
yakni dengan lafaz yang menyentuh kalbuku..
it's heal my heart..and it's also makes me happy..
bila aku sedih aku akan membacanya..
saat aku susah hati,,saat aku sedih,,saat aku kebosanan,,aku akan membacanya..
tika aku dalam keadaan gembira sekalipun..
setiap hari aku berazam untuk membaca warkahmu..
aku sedar,,saat dalam kesibukan dengan duniawi aku lepas tanggungjawabku untuk menghayati warkah darimu..
aku juga sedar,,pada saat aku dalam kesibukan juga aku lupa untuk membaca warkahmu..
ampunkanlah dosaku kerana aku meninggalkan warkahmu..
warkahmu sebagai pesanan buatku,sebagai teladan buatku,,sebagai penghapus dosaku padamu,,sebagai penghapus dukaku,,sebagai penghibur hatiku,,sebagai peringatan bagiku...
kau amat memahami perasaanku,,sangat memahami diriku..
tiada yang layak darimu untuk memenangi hatiku..
kau hilangkan kegusaran,,kau hilangkan kedukaan,,kau hilangkan kepahitan dalam hidupku ini..
hanya kau yang layak untuk aku rujuk tika aku senang mahupun dalam keperitan..
you give everything that better for me..
thanks to you..
thanks to you..
Alhamdulillah..
when we want to talk to Allah,we pray and says prayers..
when we want to hear Allah talk to us,we read the love letter from Him..

Sunday 7 August 2011

Istimewanya Menjadi Wanita..

Wanita disebut kurang dari sudut agama..tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya..mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas..namun,oleh sebab pada waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat,maka sepanjang waktu haid dan nifas itu,Allah tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu..

bayangkan seorang wanita baru melahirkan anak.sudahlah digugurkan dosa-dosanya,diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dalam keadaan nifas..dan kalau dia sabar dalam menyusu,memelihara dan melayan karenah anaknya pula,makin banyaknya pahala yang Allah sediakan untuknya..

seorang lelaki,,syurganya di bawah telapak kaki ibu..seorang wanita,,syurganya di bawah telapak kaki suami..lihatlah betapa tingginya darjat seorang wanita sehinggakan syurga bagi lelaki terletak di bawah telapak kaki ibu yakni seorang wanita..wahai para isteri,,saat suamimu berjamaah di masjid janganlah kamu cemburu terhadapnya akan pahala berganda yang diperoleh daripada solat berjamaah itu sendiri..kerana setiap pahala yang ada pada suamimu akan dikongsi bersama denganmu..yakni kamu juga peroleh pahala secara terus dari suamimu selagi kamu taat padanya..

subhanallah..sesungguhnya Allah sangat adil terhadap hambaNya..lebih-lebih lagi kaum wanita..bersukurlah kamu dengan apa yang telah tercipta untukmu..Allah tidak pernah pilih kasih antara lelaki dan wanita..wuallahualam..
Sumber:buku "salah faham tentang Islam" dan input ceramah selepas solat terawih..

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w Kepada Sayidina Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia..
tidak terpesona dengan pujuk rayu..
benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
jujur dalam berkata-kata..
menjauhi segala yang haram..
merendahkan diri..

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR ada 3 tanda-tandanya:
merahsiakan ibadahnya..
merahsiakan sedekahnya..
merahsiakan ujian yang menimpanya..

Wahai Ali, bagi orang yang TAQWA itu ada 3 tanda-tandanya:
takut berlaku dusta dan keji..
menjauhi kejahatan..
memohon yang halal kerana akut jatuh dalam keharaman..

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH ada 3 tanda-tandanya:
mengawasi dirinya..
menghisab dirinya..
memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t..

mendengarkan wasiat diatas,,barulah kita sedar siapa diri kita dan kategori manakah kita untuk wasiat-wasiat diatas..adakah kita boleh dikatakan orang mukmin,,orang alim,,orang yang jujur,,orang yang taqwa,,atau ahli ibadah??hanya kita sahaja yang boleh nilai diri sendiri..bukan orang lain..
pengajaran,,lepas ni paham-paham la ye takat mana dah iman kita tu..tepuk dada tanya iman..=)

Friday 5 August 2011

Rahmat Ramadhan...

Alhamdulillah..ramadhan kali ini sangat bermakna..(setakat hari ni la)
kenapa ye??
pertama kali sebab dapat ramadhan with family..tahun lepas sehari pun tak pernah ramadhan with family..
yg kedua sebab untuk tahun ni berazam nak terawih sepanjang ramadhan kalau tiada aral..sebab takut the next year kita busy with other thing..maklumlah kalau dah sambung belajar tu kan..macam tahun lepas kalau nak pergi terawih bila hujung minggu je..tak pun bila homework and assignment tak ada..alhamdulillah tahun ni ada peluang..
yg ketiga sebab full of my day tak buang masa..kalau orang lain tengah cuti2 ni la diaorang boring..
tapi alhamdulillah akhirnya dapat juga kerja bagi mengisi cuti kali ini..hmm..tapi sekadar kerja with my mom..ok la tu kan..start kerja sejak 1st of august..penat!!tapi alhamdulillah still ada kekuatan nak buat terawih..

at the same time rasa nervous sebab tak lama lagi dah nak sambung belajar..jadi orang utara la lepas ni..=)
bersemangatkah anda untuk menghadapi era baru yakni pelajar uni??hehe
no comment..hehe..mula2 cam bersemangat..tapi bila lama cam sedih pulak..huhu..
hujung malaysia tu..boleh ke...nampak gaya ada harapan cerah untuk homesick tiap hari..dah la member tak ramai kat sana..hmm...my mom always tenangkan..dia siap boleh kata,,takpe..jangan risau..anak jiran kita ada sorang kat perlis..nanti nak balik selangor balik dengan dia la..senang sikit..huhu..entah anak jiran tu laki entah pompuan..rupa pun tak kenal..
barang2 dah la tak kemas lagi..sijil2 tak sahkan lagi..hmm..pikir2 hujung minggu la settlekan..list barang2 pun tak sediakan lagi..huhu

hope everythings gonna be okay..hmm..yaa Allah,,kuatkan semangat aku untuk aku menghadapi cabaran yang akan datang..tiada yang layak menenangkan aku melainkanMu..
belakangan ni sibuk on9 fb kat group je la..belum masuk uni lagi dah famous dikalangan senior2..adusss....parah niee....gara2 nama bapak sama je boleh famous..duussshhhh.....benda macam tu pun boleh jadi isu lak..