Search This Blog

Saturday 31 December 2011

Mulianya Seorang Doktor...

semalam aku menemani rakanku ke hospital..
sedang rakanku diperiksa oleh doktor,,banyak karenah pesakit bersama doktor mereka..

kenapa aku katakan mulianya seorang doktor?
sedang aku menunggu rakanku,,aku terdengar perbualan seorang doktor bersama pesakitnya seorang cina..
aku kagum dengan mereka..
saat mereka bertugas mereka tidak memandang perbezaan kaum..
di situ uga ada seorang doktor india..
dia melayan pesakit yang berlainan kaum sama rata..
sama juga seperti doktor melayu..
tidak kurangnya nurse2 kat sana sangat baik..

perbualan antara seorang doktor melayu perempuan dengan seorang pesakit lelaki cina..
doktor menerangkan kepada pesakitnya dia terpaksa menjalani pembedahan..
pada masa yang sama pesakit tersebut haruslah membayar kos perubatan memandangkan pihak kerajaan tidak menanggung perbelanjaan rawatan yang berupa barang..(yang dia kena bayar tu lens utk dipakai semasa pembedahan)
harga dia around RM400..
dia tanya sama ada pakcik tu sanggup bayar ke tidak..
dan adakah dia faham setiap butir perkataan doktor itu..
doktor tersebut risau takut pakcik tu tak faham prosedur sebelum pembedahan sehinggakan dia nak panggil nurse bangsa cina supaya terang kat dia bagi pesakit tu betul-betul faham..
lepas tu,,doktor  tu tanya lagi,,’uncle mampu tak nak bayar RM400 biaya operation?’
pesakit tu senyap je..doktor tu cakap lagi..
‘kalau uncle tak mampu uncle cakap dengan saya.. nanti pihak hospital boleh tolong uncle minta bantuan dari Kebajikan Masyarakat..’
Pesakit tu terdiam seketika..mungkin memikirkan semula tawaran doktor itu..
Dia pun bersetuju pihak hospital untuk dapatkan bantuan untuk dia..tapi pada yang sama dia juga risau kalau tak dapat bantuan tu..
‘Kebajikan Masyarakat boleh bagi ke?untuk umur macam uncle ni layak dapat ke?’
Doktor tu hanya tersenyum..’itu pun bergantung pada kewangan uncle..’
‘ohh..okay..okay..’ jawab pesakit..
Doktor tu sekali lagi menerangkan semula apa yang telah dibincang dari awal hingga akhirnya..sehingga dia mengingatkan pesakitnya supaya tidak lupa tarikh appoitment yang akan datang..

…………………………

Ada lagi satu kes..
Kali ni seorang doktor lelaki melayu(hensem juga) bersama pesakitnya seorang perempuan cina..
Kes dia sama seperti doktor perempuan bersama pesakit lelaki cina tadi..tempat kejadian pun sama..
Doktor lelaki tu terangkan seperti doktor perempuan tadi..
‘auntie kena biaya sebahagian sebab pihak hospital tak sediakan alatan tu..tapi pihak kami boleh dapatkan bantuan dari Kebajikan Masyarakat kalau auntie tak mampu nak bayar...’
Tapi kes kali ni pesakit doktor lelaki tu pendengarannya kurang..tapi bernasib baik ada translator..mungkin penjaganya..oleh itu,,lebih mudah sikit berurusan..

Ya Allah..aku sangat kagum..kagum dengan tugas-tugas doktor..walaupun mereka dalam tekanan dipaksa juga diri untuk melayan pasakit mereka sebaik mungkin..kalau tugas seperti ini diberi kepada aku mungkin aku tak tahan..kerana aku orangnya cepat panas baran..

Aku lihat sendiri setelah pesakit keluar dari bilik rawatan,,doktor-doktor melepaskan lelah mereka..dan hanya mampu mengeleng kepala..aku hanya mampu tersenyum tika itu..

At the same time..
Aku teringat akan ‘si dia’..
‘si dia’ bakal seorang doktor..’si dia’ yang belum tentu menjadi milikku..hati aku tiba-tiba hiba mengenangkan ‘si dia’..’si dia’ bakal menggalas tanggungjawab seperti doktor-doktor tadi..
Aku mengingatkan diriku sendiri agar suatu hari jika ‘si dia’ menjadi milikku,,aku kena faham tugas dia..kerja yang sangat mulia,,kerja yang sangat diredhaiNya..
MasyaAllah..semoga para doktor menjalankan tugas mereka dengan jujur dan ikhlas..
Kerana pekerjaan ini membuatkan orang sayang pada mereka dan mendokan mereka supaya terus berkhidmat..kerana aku juga akan mendoakan supaya mereka terus istiqamah dengan tugas mereka..

Pada ‘si dia’,,semoga awak tabah dan saya yakin awak mampu awak boleh menjadi seorang doktor yang berkaliber dan seorang doktor yang baik serta disayangi pesakit..ketahuilah pesakit-pesakit akan mendoakan awak..hanya Allah yang mampu membalasnya..saya bangga dengan awak..

jika kita tidak bersama semoga kita terus bersahabat sehingga ke akhirnya..wuallu’alam..

Saturday 24 December 2011

Cemburukah Aku??

cemburukah aku??
I had just stalk someone..
and I would like to announce that someone is a 'guy'..
I think that I had no feeling with him..
but just now I just saw that his picture with someone else 'a gurl'..
..erkk..suddenly I feel like wanna cry..
ohh...why?why?why?
I know that gurl maybe like him..
MAYBE..because she always with him..

am I falling with him?
huh..nonsense..
I had make a promise in myself not fall with a guy..
unless he fall with me first..
but just 'special friend' okay..
not more than that..I mean not  'boyfriend'..

but I dont know why,, when I accidently saw his picture with her I feel jealous..

huhuhuhuhu...
after this,,
'please dont stalk him anymore'
'please stay away from him'
'please leave him'
'and please dont look at him'

sorry boy..I have to..because I afraid to fall with you..
it just make me hurt..
I dont want to be hurt for the second time..
oh Allah..make me strong..
I LOVE MYSELF..=')

Perjuangan Pertama Hampir Ke Penghujungnya....

alhamdulillah..syukur aku ke hadrat Ilahi..
akhirnya sem 1 selama aku di universiti hampir tamat..
tak terasa lamanya..
hmm..lagipun dah penghujung tahun..
minggu depan masuk la tahun baru pula..
perasaan sangat seronok bila dapat tahu perjuangan pertama selesai sudah..
khatam jua akhirnya pengajian selama 1 sem..

tiba2 hati ni menyapa kenangan2 yg telah banyak aku ciptakan sepanjang kehidupanku di alam universiti..
mulanya takut nak masuk universiti..
tapi,,alhamdulillah Allah permudahkan urusanku..
banyak suka duka kenangan pahit manis yg telah aku lalui..
ada yg indah ada yg pahit untuk aku terima..

kat sini alhamdulillah Allah berikan aku kawan2 yg baik..
tak seperti apa yg aku bayangkan sebelum aku jejak kaki ke universiti..
semuanya satu kepala and paling penting mereka faham isi hati aku..
mereka faham kehendak aku and mereka mengerti perangai aku..
bukanlah berharap tapi aku nak mereka tahu yang aku tak nak kehilangan dia orang..
walau apa yang terjadi sekalipun kita tetap kawan..
teringat kata2 seorang rakanku..
'walau apa yang terjadi kita tetap kawankan'
and i say 
'yes..we're friends forever walau apa pun yang berlaku'

jauh dalam hati ni timbul perasaan gundah..
final nak dekat..
huhuuhu...
takotnya...
apa yang penting aku tak nak fail in all subject..
and aku juga tak nak pointer  bawah 3.00....
tapi tak berapa yakin sangat la..
so aku buat target by hook or by crook at least kena dapatkan 3.00 jugak..
lagu 'Higher by Creed' slalu jadi my inspiration bila study,,and bila time stress ngn study..
and tak lupa juga 'surat cinta dari Dia' akan aku baca selalu..
untuk apa?
supaya aku kuat and tak mudah mengalah..
supaya aku sentiasa ingat Dia time aku susah,,senang,,gembira,,suka and duka..
bila stress ngn study aku selalu terkenangkan mama and ayah..
ni semua harapan dia orang..
mereka nak aku berjaya..
mereka nak aku buktikan yang selama ini mereka dah berjaya didik anak mereka..
and sekarang masanya untuk aku buktikan pada mereka yang selama ini kasih sayang yang diberikan dan perhatian yang mereka berikan tersangat2 la cukup and sangat banyak skali..
aku nak tunjukkan juga pada mereka yang aku sangat hargai pengorbanan dia orang selam dia orang besarkan aku..

ayah,,mama,,
you have to know that kalian telah berjaya mendidik anakmu ini..
insya'allah semoga kita sekeluarga akan hidup bersama selamanya di syurga yang kekal abadi selamanya..
semoga kita layak untuk menjejak syurga Dia..
aku berjanji aku akan jadi anak yang baik..
seorang anak yang akan membawa mama and ayah masuk syurga nanti..
walau aku tahu aku belum mampu tapi aku sedang berusaha ke arah itu..
itu sajalah yang mampu aku balas jasa2 kalian..


Set up high.. 
I'm strong enough to take these dreams..
And make them mine..







although the scars of yesterday remain,,
you can go on living as much as your heart believes...
you can't be born again but you can change..
because there is always room for you..
room for improvement and be a better in the way you are..
always believe in yourself..
love yourself as much such you will live forever..
even others hate,you have to know that you have Him..
He love you more than you love yourself..
if you miss Him,,read His love letter..
that the only way to feel that you always beside Him..
I love him more than I love others..

I LOVE ALLAH..GUARD ME AND GUIDE ME IN EVERYTHING I DO.. ♥

Friday 25 November 2011

La Tahzan..

ya Allah,apa dosa aku sehingga aku merasakan aku dipinggirkan..
ya Allah, apa salah aku sehingga aku merasakan orang benci dengan diriku..
hinakah aku di mata mereka..hinakah aku di matamu..
i admit perkara sebegini pernah terjadi pada kehidupanku yang lalu..
aku telah cuba sedaya upaya aku agar aku tak dipinggirkan orang sekkelilingku..
bukan aku mahukan perhatian..
tetapi aku cuma inginkan pergaulan yang akrab antara mereka..
akrab sebagai sahabat yang saling mengambil berat..yang sering bersama kita di kala senang dan susah..
betul la kata pepatah yang mengatakan 'kawan ketawa senang dicari,,tapi kawan menangis sangat susah dicari',,
kini aku rasai..betapa mereka terlampau mementingkan diri mereka..
apakah ini balasan aku..atau engkau sendiri yang sedang mengujiku..

ya Allah,,tabahkan hatiku..pasrahkan hatiku..
limpahkanlah diriku dengan kasih sayang darimu..
tidak ada yang lebih menyayangiku melainkan drimu..
kadang aku hampir putus asa dengan kehidupan ini..
tetapi kerana dirimu aku kuatkan semangat untuk hidup..
seharusnya aku bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmat menghargai ciptaanmu..
apalah dunia ini jika nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi..
apalah kehidupan ini melainkan untuk mencapai redhamu untuk aku merasa peluang bersama dirimu..

Wednesday 23 November 2011

Saat Perjalanan Adalah Pencarian Hidup

nak promote lagu kat sini..hihi..
sejak belakangan ni saya asyik dengar lagu 'Menjemput Bidadari'..
bila dengar lagu ni barulah hati ni kuat mengatakan bahawa orang yang kita sayang sekarang belum tentu lagi jadi orang yang akan kita sayang untuk masa akan datang..
and from this song juga saya dapat kekuatan untuk terus berdoa semoga 'si dia' milik saya untuk satu hari nanti..
and..and..from this song juga beri saya kekuatan bahawa kalau 'si dia' bukan untuk saya bermakna 'si dia' tak layak untuk saya dan saya tak layak untuk 'si dia'..
kalau memang dah tercatat 'si dia' milik saya,,walau ribut taufan melanda pun dia tetap milik kita..

antara lirik lagu tu;
Laksana Zulaikha jalani hari,
sabar menanti Yusof sang tambatan hati,
di penantian mencari diri,
memohonkan ampunan dipertemukan..

kalau bagi kita dia tu dah cukup baik and soleh,,so kita yang jahil and merasakan tak setaraf dengan dia kenalah sentiasa memohon keampunan dari Allah agar semua dosa kita terhapus dimana baru kita layak untuk dia..
so,,pada teman-teman kat luar sana,,janganlah merasakan anda tersangat jahil sehingga anda membuat andaian kemungkinan besar jodoh anda sejahil anda..
jodoh pertemuan semua ditanganNya..Dia saja yang tahu..
kalau jodoh kita seorang yang baik,,soleh,,solehah,,alhamdulillah la kan..Allah beri terbaik untuk kita..
tapi kalau dapat jodoh yang sedang-sedang kekuatan agamanya janganlah kita mengeluh..
sebab Allah tahu apa yang telah Dia tetapkan untuk kita..pasti ada hikmahnya yang tersendiri..kita tak nampak tapi Allah tahu..
semua orang kalau cakap pasal jodoh semuanya mesti nak yang baik-baik je kan..
cuma tak tentu dapat tak dapat je..
hishh..tak boleh kata begitu..apa yang kita dapat tu la yang terbaik bagi kita sebenarnya..cuma kita je yang tak tahu dimana letaknya istimewa tu..setiap dir insan ni Allah dah bagi keistimewaan..terpulang pada kita je nak menilai yang mana satu keistimewaan tu..

entri ni macam tak link pulak dengan tajuk dia..hihi..sebenarnya maksud saya ‘Saat Perjalanan Adalah Pencarian Hidup’ ialah dalam kita menjalani kehidupan seharian kita ni sebenarnya kita tengah mencari erti kehidupan yang sebenar..senang dikatakan apa yang kita jalani kini,,sebenarnya kita tengah menyesuaikan diri kita untuk menjadi hambaNya yang terbaik..
baik macam mana?
baik yang dikategorikan kita layak untuk mendapat tempat di syurgaNya nanti..
layakkah kita?
sebab tu la ada pepatah yang mengatakan ‘semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok lebih baik dari hari ini’..
macam mana nak buat?
kenalah kita buat target..ciri2 yang macam mana yang membolehkan kita mendapat tempat di syurga nanti..
and kita juga kena fikir,,semakin hari diri ni semakin meningkat usia..oleh itu,,pemikiran kita juga kena la selaras dengan peningkatan umur kita ini..
saya sedar,,sukar nak ubah diri kita yang sekarang..masalahnya,,kalau kita dah cukup baik Alhamdulillah..tapi,,masalahnya saya merasakan diri saya tak berapa nak matang lagi..

kadang  saya simpati lihat mak ayah kita..macam mana mereka galas tanggungjawab mereka..berat sangat beban yang mereka pikul..
and pada masa yang sama saya terfikir,,mampukah saya seperti mereka?
mampukah saya berubah kearah yang lebih matang dalam saya mengharungi dunia yang semakin mencabar?mampukah saya menguruskan diri saya?
apatah lagi kalau sudah bekerja nanti?macam mana pulak kalau dah bina keluarga nanti?
nak uruskan isteri?nak uruskan suami?anak-anak lagi?keturunan lagi?

Beratkan hidup ni..saya takut nak jadi dewasa sebab saya tahu orang dewasa tanggungjawab mereka sangat berat..nampak mudah pada mata kasar orang sekeliling tapi apa yang ditanggung orang lain tak rasa..

Mama pernah pesan..setiap hari kita tu biar didampingi ‘love letter form Allah’..sebab Allah je yang tahu isi hati kita,,tahu apa yang kita tanggung..sakit kita,,pedih hati kita..sekurang-kurangnya satu hari satu muka surat..sebab bila kita ingat Allah,,Dia pasti akan ingat kita..dan Dia akan protect kita..orang lain tak oleh sentuh kita atau kacau kita..Dia sentiasa pelihara kita dari benda yang tak baik..semoga Dia terus jaga kita and lindungi kita semua..amin..=)


kadang2 saya rindu dia..tapi saya kena kuatkan hati untuk lupakan dia buat sementara waktu..dia sibuk..saya sibuk..kalau dia bukan untuk saya,,moga dia berjumpa pasangan dia..saya sedar kalau dia bukan untuk saya,,itu sebab saya tak mampu nak jadi baik macam dia..dia terlalu baik pada pandangan mata saya..walaupun saya dah cuba untuk jadi baik yang melayakkan saya untuk dia..wuallahualam..=)

Thursday 10 November 2011

Langkah Tercipta...

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

lirik by UNIC

moga aku setabah lagu ini..hanya yang Esa tempat aku berharap..=) 

Wednesday 9 November 2011

Mid Sem Break Dah Tiba..=)

perjalanan aku dari perlis ke selangor memakan masa yang lama..
hati melonjak keriangan memikirkan waktu untuk bertemu keluarga lebih-lebih lagi ibuku yang tercinta..
sebelum ni kami hanya berkongsi cerita through phone je..
tapi kali ini aku pulang untuk menatap wajahnya..
terharu saat terlihat kelibat ayah and mama yang menungguku..
tapi aku cekalkan hati..senyuman aku lebar saat terlihat mereka..
banyak ceriat kami kongsikan bersama..

malam jumaat aku bertolak dari perlis jam 10.30 mlm..
sampai ke selangor jam 6.30 pagi..
lamakan perjalanan..
dalam bas susah nak tidur mengenangkan tilam yang empuk kat rumah plus tempat tak selesa..
at the same time perasaan excited nak jumpa mama and ayah yang membuak2..hihi..
sangat gembira hati ni..
pastu mama beritahu esoknya(sabtu) petang kita pulang ke kampung(johor)..
hebat tak hebat perjalanan aku..dari utara ke selatan tu..
penat dalam bas tak hilang lagi dah kena ke selatan malaysia plak..
tapi ni aku anggap sebagai percutian bersama keluarga memandangkan kami dah lama tak spend masa bersama..
berada di kampung sehingga hari selasa..
selasa pagi kami bertolak awal dari segamat sebab kami nak buat aktiviti keluarga..
nak tahu apa dia?
kami nak pergi gunung ledang..
Ya Allah ya Tuhanku..nak mendaki gunung tu punyalah payah..
kami pergi mandi kat puncak means kat last stop..
kesian kat mama bila dia semput daki gunung tu..
aku yang tolong teman yang lain semua bersemangat nak sampai atas dulu..
banyak kali juga la kami berhenti berehat nak rehatkan kaki yang dah tak larat nak mendaki tu..
tapi bila dah sampai last stop aku teruja..air dia sangat bersih..
Subhanallah..subhanallah..subhanallah..
indah ciptaan Ilahi..
air terjun yang tidak henti2 mengalir..
bunyi unggas2 yang tiada penghujungnya..
kehijauan daun-daunan sejuk mata memandang..
tenang rasanya bila dah sampai last stop tu..
bila melihatkan airnya yang jernih,,jelas kelihatan ikan2 seronok bermain..
ikan2 kat situ semuanya jinak..
hulur je kaki,,banyak ikan yang datang..
terasa macam pergi spa fish je..
paling terkejut bila mama sangat sporting nak basahkan diri dia..slalunya dia nak ala2 basah je..
tapi kali ni kami berlama kat bawah air terjun..macam mandi air shower gitu..hihi
rasa macam tak nak keluar2 je dari jejak air tu..dah la airnya bersih..boleh buat minum..gerenti la tak sakit perut..
sebelum kami keluar dari area johor,,kami singgah di bus stop tangkak menikmati otak2..kat situ otak2 dia sangat sedap..
sambil makan ABC..nikmatnya bila spend ngn family..
rasa cuti kali ni sangat bermakna..
okay..continue my diary of midsem break later okay..=)

ikan2 kat gunung ledang..=)

Saturday 15 October 2011

Permulaan Baru...

kini aku telah bergelar pelajar universiti..
alhamdulillah perjalanan hidupku dipermudahkan olehNya..
di sini aku juga banyak belajar..
especially belajar tentang kehidupan..
aku belajar mematangkan diriku..itu yang utama..
umur dah nak cecah 20..
bila lagi nak matangkan dirikan..
time ni la kena sedar-sedarkan diri..
hmm..kehidupan universiti sangat sibuk bila at the same time aku join secara aktif dalam badan beruniform..

Saturday 3 September 2011

Layakkah Aku Untuknya??

Perlis oh Perlis..
Selangor oh Selangor..
perjalanan yang jauh,,jarak yang jauh..
yang tak pernah aku bayangkan sebelum ini..

apakah takdirNya untuk aku berpisah dengan dirimu?
apakah aku tidak layak untuk dirimu?
apakah ada yang lebih baik dari dirimu walau aku merasakan dirimu sudah terlalu baik bagi diriku?
sakit rasa hati ini bila mengenangkan terpaksa berjauhan darimu..
tapi apakan dayaku menentang takdirNya,,menafikan takdirNya,,menolak takdirNya..
kerana aku yakin pada takdirNya..setiap yang ditentukanNya pasti ada manfaat serta hikmahnya..

aku sentiasa merinduimu walau aku tidak pasti sejauh mana takdir yang telah ditetapkan untuk kita..
hatiku merana kerana terus menerus menyimpan perasaan padamu..
sakit hati saat mengenangkan betapa payahnya untuk aku membuang dirimu dari hidupku..
andai diri ini boleh di'backspace'kan,,aku tidak mahu bertemu denganmu..
andai hidup ini boleh di'delete'kan,,akan aku delete semua kenangan kita..
andai hidup ini boleh di'reformat'kan,,akan aku reformat hidupku semula agar aku terus melupakanmu..
walau hati ini sakit memendam,,jauh di sudut hati terasa sejuk saat aku membaca coretanmu walau hanya buat temanmu..
semoga aku dapat merubah diriku agar aku layak berdiri sama tinggi denganmu,,duduk sama rendah denganmu..
aku bukanlah insan yang baik sepertimu..
tapi aku akan berusaha untuk menjadi baik agar aku setaraf denganmu..
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..

tiada istilah kebetulan dalam kamus kehidupan kita..
yang ada hanyalah takdir yang telah Allah tetapkan..
Ya Allah,,satukanlah hati kami jika benar dia pilihan terbaik buatku..
jika dia bukan milikku,,hapuskanlah semua kenangan yang pernah kami lalui bersama..
jika dia bukan milikku,,timbulkanlah sedikit rasa benci pada dirinya..
jika dia bukan milikku,,hadirkanlah seorang insan yang lebih baik darinya..
semoga aku terus tabah menerima takdirMu..

Setelah Lama Merehatkan Diri...

esok,,hari yang bakal ditunggu-tunggu..
tamatnya hari-hariku untuk bercuti..
setelah lama merehatkan diri..
setelah lama tangan ini tidak menyentuh buku2 pelajaran..
setelah lama otak tidak proses sekuat yang mungkin..
cuti panjang sangat tak best..
hope otak tak la berkarat sangat..hehe

esok aku akan memulakan perjalananku meredah negeri2 utara..
dalam aku ingin megejar cita2..
dalam aku mencari kehidupan yang baru..
dalam aku lebih mengenal diriku dengan lebih mendalam..

sedih rasa hati bila mengenangkan terpaksa berjauhan lagi dengan keluarga..
tetapi pemergianku kali ini sangat aku rasakan betapa beratnya hatiku untuk aku meneruskan perjalanan hidupku sebagai seorang mujahid..
tidak seperti sebelum ini,,walau terpaksa berjauhan dengan keluarga tapi masih ada yang memantau,,masih ada yang menjenguk tika aku kerinduan..
tapi selepas hari esok berlalu,,aku bakal keseorangan meneruskan perjalananku tanpa keluarga disisi..
sedih bila keluarga tiada disisi..
aku sangat berharap Allah berikan aku kekuatan untuk aku terus tabah mengharungi perjalanan hidupku selepas ini..
bakal berjauhan dengan keluarga,,berjauhan dengan sahabat,,berjauhan dengan saudara mara,,dan bakal berjauhan dengan orang yang aku dambakan..

berat hati ini untuk menerima keputusan untuk merantau di hujung utara Malaysia..
tapi aku tahu Dia sentiasa bersamaku..
Dia sentiasa membantuku tika aku memerlukanNya..
aku yakin setiap keputusan yang telah ditentukanNya bukan satu kesilapan yang harus aku sesali tapi menerimanya bahawa itu takdir yang telah ditetapkanNya..
kerana aku yakin segala takdir yang telah ditentukan olehNya pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..
pasti ada kebaikannya walau berat bagi kita untuk menerimanya..

esok subuh bakal menjadi warga Perlis..huhu..say goodbye to Selangor..

Sunday 28 August 2011

Ramadhan Bakal Ditinggalkan....

counting...counting...
tak lama lagi kita bakal meninggalkan Ramadhan..
sedih rasanya..
kenapa?
time bulan ni la kita nak cari keredhaanNya..nak cari rahmatNya...
kan..kan..kan..
kalau kita hayati betul2 bulan Ramadhan ni,,bulan ni yang dirasakan sesuai untuk kita muhasabah diri kita..
bulan ni juga la kita boleh tenangkan diri kita..
sebab bulan Ramadhan ini juga la kita kawal hawa nafsu kita,,belajar berjimat,,belajar kawal perasaan,,belajar banyakkan sedekah..
dan bulan ni juga bulan yang paling mulia..terasa macam hidup ni sangat selesa,,sangat aman,,sangat tenang dan damai je hati ni..

sedih...hiba...
harap2 sempat la merasa Ramadhan yang akan datang..
insya'allah kalau ada rezeki..

so,,di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa,,terlajak kata,,terguris hati..
kalau dah berblog ni paham2 je la kan isi blog tu macam mana..
nama pun manusia..ikut mood je..
mood baik isi blog pun baik kalau mood tengah swing,,hmm,,hampeh,,semua kata2 yang tak elok pun diluah juga..

selamat hari raya aidilfitri ku ucapkan buat semua pembaca blog ini(even i know that blog ni tak ramai visitor..)..maaf zahir dan juga batin..sama2 kita raikan hari kebesaran umat Islam dengan penuh kesyukuran dan penuh penghayatan..semoga kita semua diberkatiNya..aminn..(walaupun raya tahun ni macam tak raya..sebab terlalu bz dengan hal duniawi..dunia..dunia..huhu)

Saturday 27 August 2011

Menjadi Baik Bukan Suatu Perkara Mudah...

pernah tak terfikir nak jadi baik?
and pernah tak terfikir kita ni sebenarnya dah cukup baik ke belum?
pernah tak tertanya sebenarnya apa yang di istilahkan dengan baik ni?
pernah tak tertanya-tanya baik ni baik yang macam mana?

cuba kita selami diri kita and nilai..
selama ni kita dah cukup baik ke?
baik yang macam mana?
orang selalu puji kita ni budak baik..tapi rasa tak depan Allah kita ni baik tak?
sempurna ke kita ni?
layak ke kita nak menghuni syurganya?
layak ke kita?

kembali pada persoalan tadi..
macam mana nak jadi baik?
sebelum kita nak jadi baik kita kena define dulu apa itu 'baik'?
most orang akan jawab 'sesiapa yang beriman pada Allah itu 'baik'..
so,beriman dengan Allah tu macam mana pulak?
rasa-rasanya semua orang tahu jawapannya..
iaitu 'buat semua yang Allah suruh dan tinggalkan semua yang Allah larang'..
common word 'amar makruf nahi mungkar'..
maka melalui jawapan di atas sahaja kita dah boleh nilai diri kita ni orangnya baik yang macam mana..
if ada yang belum settle maknanya kita belum cukup baik lagi..
sebagai contoh,,perempuan yang solatnya sempurna tapi tak pakai tudung..tu belum cukup baik lagi..
perempuan yang menutup aurat,,solat sempurna tapi sentuh bukan mahram..tu pun belum cukup baik lagi..
tu contoh untuk perempuan..
kalau bagi lelaki pula,,solatnya sempurna tapi bertepuk tampar dengan bukan mahram..belum cukup baik lagi la namanya tu..

Allah pernah berkata,,
'masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata'
(surah al-Baqarah:ayat 208)

jelas dan nyata Allah dah statekan selagi kita tak embrace Islam tu penuh, belum cukup baiklah kiranya..
okay..tutup cerita..

actually nak buat perkongsian..
baru saya sedar kini 'sebaik' manakah saya selama ini..
pasal solat setakat ini alhamdulillah..
tapi perasan tak kusyukkah kita selama kita serah diri pada Allah?
selama kita solat ada rasa tak kesan solat dalam kehidupan seharian kita?
kita paham ke bacaan solat selama kita solat ni?
solat cukup tapi rasa tak dalam sehari tu mesti je ada masalah yang timbul?
kalau bukan masalah besar,,masalah kecil yang kadang kita tolak tepi..
tambah pulak kalau hangout dengan member keluar dengan bukan mahram,,pergi karaoke,,tengok wayang,,round satu mall tanpa arah tujuan,,masuk kedai keluar kedai..
solat tu kan mencegah kemungkaran tapi kenapa kita masih lagi buat perkara2 lagha..
there might be something wrong with our amalan seharian kita..

tu pasal solat..
Islam sendiri dah kata kita hidup ni berlandaskan Al-Quran dan as-sunnah..
tapi cuba kita renung semula..
dalam seminggu berapa kali kita baca al-Quran?
berapa banyak amalan kita yang berlandaskan as-sunnah?
sedarkah kita?

sesungguhnya syaitan itu tak pernah mengaku kalah and menyerah diri untuk mengoda anak2 Adam melakukan perkara yang ditegah oleh Allah..
cuba kita singkap kembali hubungan kita dengan manusia..
selama kita berhubung dengan orang pernah tak timbul perasaan hasad dengki,,cemburu,,benci,,buruk sangka..
tipu kalau tak pernah..hal yang sebegini je kita dah boleh nilai diri kita..
sempurnakah kita sebagai seorang Islam?
layakkah kita sebagai seorang Islam?

apa yang saya perasan dalam dunia yang serba maju dan moden banyak pertelingkahan,,perbahasan dan perselisihan pendapat berlaku..
mostly pasal makanan..
agree tak?
makanan zaman sekarang dah macam2 jenis rupa dah..ada yang kita pernah makan,,ada yang kita tak pernah makan..ada yang halal,,ada yang haram..and kebanyakannya yang diragui yakni syubhah..
paling hot sekarang ni pasal boikot memboikot..
pada pendapat anda wajarkah aktiviti boikot memboikot ni?
pasti ramai yang kata 'ya' kan..sebenarnya benda ni terpulang pada diri masing-masing..
tapi pada pendapat saya tak wajar..selama ini saya belum pernah dengar lagi ada ayat al-quran atau hadis yang ada menerangkan isu boikot memboikot..
kita hidup bermasyarakat..saling memerlukan..
pernah tak terfikir kalau Malaysia memboikot sesebuah negara..contohnya China..
apa akan berlaku antara hubungan Malaysia dan China?
pasti bermusuhan..mungkin juga akan berlaku peperangan..
Islam tak pernah ajar umatnya bermusuhan..
so,,fikir-fikirkanlah ye..

nampak gaya semacam hampir lari tajuk ni..setakat inilah dulu perkongsian saya..
entri ini bukanlah untuk mencari kelemahan orang lain dan menilai orang lain tapi untuk renungan bersama..
saya meletakkan diri saya supaya kita sentiasa muhasabah diri kita..
saya sentiasa tertanya-tanya macam mana nak jadi seorang yang baik..
bila dah tahu jawapannya,,hmm,,bukan mudah ye untuk kita mengubah diri kita yang sekarang ni..
saya akui untuk menjadi seorang yang baik bukan suatu perkara yang mudah..
perlu sentiasa muhasabah diri,,nilai semula diri kita,,ubah perbuatan,,percakapan,,dan hati kita yang semakin hari semakin tergelincir dari Islam..

idea ini terhasil daripada pembacaan saya from novel "VERSUS" by "HLOVATE"..
hiduplah keranaNya..kerana Dia tidak pernah melupakan kita..kita sahaja yang selalu lupakan Dia..

you'll never reach perfection because there's always room for improvement..yet all the way to perfection you'll learn to get better..Aminn..=)

Thursday 25 August 2011

Hidup Tak Selalunya Indah....

hidup tak selalunya indah..
bila kita perhatikan mereka betapa bahagianya mereka..
ketawa,,bergembira,,disayangi,,dikasihi..
tapi tahukah kita cerita dan sejarah hidup mereka??

it happen two weeks ago..
my mother's friend bring her son to my house..
he is a little boy 3 years old..such a cute boy..
and i love looking at his beautiful eyes..
he is an active boy..wanna make friend with me..
happy for it even at the first time it seems annoy with kids..

mother's friend:adik,adik main dengan kakak ye..jangan nakal2 ye..
adik:ye mama..(sambil menarik tanganku)adik nak tengok kartun..
me:jom2..alaa..adik,kat tv takde cite kartun la..kita tengok ikan nak..
adik:adik nak sayang ikan..(bawa ikan depan tv..minum susu dan baring sebelah ikan..)
memandangkan this boy sangat active,,semua benda dia nak tahu..
adik:abi,ni apa?adik nak main ni..
mother's friend:kakak la adik..bukan baby..
terkejut aku..what??he call me baby..haha
me:(ketawa dalam hati)ni radio la adik..tak boleh main..
adik:(main tekan2 punat di radio)
and radio tu pun berbunyi bila punat "on" ditekan..aku ingat dia terkejut sebab keluar suara..tapi dia boleh berjoget..haha..lawak la budak kecik ni..
walaupun nakal tapi seronok..mula2 rasa macam..erghh...i hate kids..but i'm realize that they can make us laugh and release our tension..
time his mom ajak balik.....
mother's friend:adik,jom balik..
adik:tak nak..nak main ngn baby..
me:(erk??)
mother's friend:kakak la adik..kita balik dulu la..esok kita datang lagi..
adik:adik nak bawa ikan..
me:boleh..esok datang lagi ye..main dengan kakak lagi..okay..bye..
that boy pun balik..kadang2 seronok layan dia..such a hyperactive kid..

tapi,,tahu tak siapa sebenarnya budak itu??
hidup dia tak macam kita..
kita nampak je dia happy..
tapi bila kita tahu history of his life rasa sangat sedih..

mom:budak tu bukan anak dia..
me:eh..yeke..habis tu anak siapa?
mom:anak angkat je..tapi dia sayang budak tu macam anak sendiri..dia jaga anak tu pun macam anak sendiri juga..dia dah jaga budak tu sejak budak tu umur seminggu..
me:owh..mak ayah budak tu rela ke orang lain jaga anak dia?
mom:family dia orang susah..ayah dah meninggal..mak dah kawin ngan laki lain..adik beradik dia ramai..tu yang kawan mama amik dia jadi anak angkat tu..
me:habis tu,mak dia amik tahu pasal anak dia tak?
mom:mula2 dia relakan kawan mama tu jaga sebab kesempitan hidup..tapi belakangan ni family dia nak tuntut budak tu balik..gaduh juga la..tapi kawan mama tak bagi juga sebab dia memang nak jaga budak tu..
me:owh..ingatkan anak kandung kawan mama..anak angkat rupanya..

dalam hatiku terdetik disebalik keriangan wajah budak itu rupanya ada keperitan..mungkin dia tak rasa dan hadapi ketika ini..tapi akan dia hadapi untuk masa akan datang dia..
boleh ke dia terima yang mak dia sekarang cuma mak angkat sahaja?
boleh ke dia terima sebenarnya keluarga dia tak sempurna seperti yang dia jangka?
boleh ke dia terima keluarga kandung dia semula?lagi2 bila dia dapat tahu dia ada ayah tiri dan dia seorang yatim?
sayu hati ini mengenangkan masa depan yang bakal dia terima..
boleh ke dia terima hakikat?
jika perkara sebegini berlaku pada aku,,mungkin aku tak kuat..
mungkin aku tak boleh terima kenyataan dan hakikat..

aku cuma boleh berdoa semoga adik akan redha dengan kenyataan hidupnya yang akan datang..mungkin sekarang dia belum mengerti apa2 kerana dia hanyalah seorang budak lelaki yang baru mengenal dunia..
tapi apabila usianya semakin meningkat,,pasti dia akan mengerti semuanya..

apabila kita melihat keriangan seorang insan,janganlah kita terus judge hidup dia lebih bahagia daripada kita..
tapi kita kena ingat bukan semua orang yang gembira itu hidupnya bahagia..kita tak tahu sejarah hidup mereka..mungkin lebih jerih dan perit daripada kita..hanya Allah yang tahu..
disebalik kedukaan ada keriangan,,disebalik kegembiraan ada keperitan..

Tuesday 23 August 2011

Now I Know The Reasons.....

now i know the reasons why,,
dia buat aku macam ni dulu..
and now aku pulak buat kat someone yang aku paling sayang sepertimana dia buat kat aku dulu..
yeah..we do nothing without think it too much right..
membuta tuli je tanpa fikir sebab dan akibatnya kan..

dia,,someone yang pernah broke my heart..
aku ingat aku boleh teruskan hubungan yang rapat dengan dia even we are not together..
tapi one day dia terus terang that dia couldn't be with me..
sehingga aku meletakkan dia harapan yang tinggi which maybe someday u'll be my good best friend..
but,,dia dah broke sume tu..buatkan aku lebih berhati-hati coz aku takut disakiti..
sejak hari tu i seems  to learn not believe others yang kita baru kenal..
memanglah berkawan,,share story and mostly bila kita jadikan seseorang tu orang yang paling kita percaya tu seronok..semacam rasa satu kebahagiaan..
tapi tak semudah tukan bila dia tak sudi nak serapat-rapatnya dengan kita..
kita terpaksa ikut kehendak dia even kita sayangkan sangat our friendship..

and now,,i guess i do the same thing what dia dah buat kat aku dulu..
cuma bezanya aku buat dekat orang yang aku paling sayang..
siapa??biarlah aku je yang tahu..dont force me..

apa aku dah buat dekat orang yang aku paling sayang??!!
aku sendiri tak sedar sebenarnya..
first2 gaduh hal kecil je..and taktau sape yang start dulu..
mungkin ego aku yang tinggi sangat kot..and ego orang tu pun tak kurang hebatnya..
orang yang paling aku sayang..
i just want u to know that i have my own reasons why i should do like that..
seems u dont understand sebab i know that i love u much and u also love me too..
mesti u ingat i dah pecahkan kepercayaan antara kita kan..
tapi mungkin itu yang i nak dari u..
u tau tak,,i buat macam ni sebab kita akan terpisah jauh..
maybe lepas ni mungkin kita nak jumpa pun setahun sekali..
for 4 years kita akan berpisah..maybe it more than it..
i sangat sedih nak tinggalkan u..
takkan u tak sedih?
mesti u sedihkan..tipu la kalau u kata u tak sedih..
i nak buat course nursing kat pahang pun u tak bagi..sebab jauh..tu reason u..
tapi now it seems so far far far..lagi jauh dari pahang..perlis u..perliss....
i taktau macam mana hidup i without u..
sebelum ni johor..oklaah..taklah jauh mana..tiap minggu boleh balik..u kira je la sepanjang i kat matrik berapa kali i balik..at least setiap kali cuti sem i balik..
u pun tak berapa nak risau coz ada orang yang boleh jaga i,,boleh jadi spy u..
now,,perliss..sape yang ada kat perlis..my friends pun berapa kerat je yang dapat kat sana..boleh kira pakai jari je..nak pasangkan bodyguard and spy pun u tak boleh..

u tau kenapa i pilih hujung malaysia..
sebab i tak nak u pasang spy..
macam la i taktau u pasang spy..because everywhere i go rasa macam ada orang ikut i and report kat u apa yang i buat..time kat matrik dulu..ramai je member2 i yang u kenal..
and i juga nak belajar rasa bila berjauhan dengan u..takkanlah nak always dengan u je kan..
and the most important i nak blajar berdikari and learn to manage myself sebab akan datang hidup i akan lebih mencabar..
u boleh survive ur live because u lebih dulu makan garam dari i..
and u pun pernah cerita ur parents dont care about ur life..yang parents u tau anak2 dia tau cari makan and urus diri..the most important ur parents dah bagi education sama rata between ur siblings..
i just want u to pray of my success and bless me in everything i do..
u have..u have..

nak tau sebab apa i buat macam ni kat u,,sebab..........
1)i hope i will b strong without u
2)i hope u hate me (just little) coz i dont want u sad when i'm not around u..
3)i hope i dont feel so sad when i'm miss u..
4)i hope on my last day with u,,u seems to feel dont lost me at all..
5)i hope i can accept that i will far far away such a long distance with u..

and i hope u..............
1)dont bother me at all coz i dont want miss u..it just make me 24/7 think about u..
2)give me chance to manage myself in my own way coz i want to find the real of me..
3)forget about me for just 4 years only coz i dont want 24/7 i feel like i had lost u..
4)pray for me and bless me..
5)could find someone else to be with u coz i dont want others getting jealous with me..

thank you for everything yang u dah buat untuk i..be my bestie..i know u had share all of ur secrets,,problems and all ur worries..i know that..tiada yang u rahsiakan daripada i kan..i know everythings kan..cuma i je yang tak cerita semua pasal i kat u..i love u much..hope u live happily without me and take care of urself dear..i know u strong enough than me right..hope u not miss my babbling,,my hard laugh,,and my ranting all that..u always in my heart my love..just pray for me..just that what i want from u..i know u dont read this entry but i hope Allah send it to u..i always pray for u..forgive everything of my fault..

sedih sangat sangat bila kita terpaksa berpisah dengan  orang yang paling kita sayang..i love you..may Allah with us..

Friday 19 August 2011

Bersyukurlah Dengan Apa Yang Diberi...

Alhamdulillah..
walaupun tidak seperti yang diidamkan dan diimpikan selama ini,,tapi tetap bersyukur sebab dah dapat apa yang dimahukan..
sebab orang lain mungkin tak senasib baik macam kita..
ada lagi orang yang kat luar sana tak miliki apa yang kita miliki..
mungkin mereka juga tak makan seperti apa yang kita makan..
atau mereka juga tak pakai seperti apa yang kita pakai..
so,,i try to love it..and will care what i get will full of my love..


 sayangnya tak ada bluetooth..and orange color??
lepas ni ubah imej jadi rock style..haha


love the speaker..haha


love this shoes more..but it looks more girly...(geli..)haha

try to accept it..try to love it..try to take care it very much..because nobody wouldn't have what you have..=)

Thursday 18 August 2011

I Can't Stop Smiling...

i can believe it!!!
i love you DAD!!!
wow...hard to say because i cant stop smiling since he gave me the present..
i thought that he will buy my present this weekend..
but,,he buy it today..
i'm so happy..
thank you so much DAD!!
and i think it also from my mom..
love both of you..
MOM AND DAD!!!
love you much..

Alhamdulillah..=))

Wednesday 17 August 2011

Hate Shopping when............

time ayah beritahu lepas sahur, pagi2 pukul 10 nak pergi shopping kepala lipat maut dibuatnya..
what??shopping??huh??
lumrah perempuan kan bila dengar perkataan 'SHOPPING' terus segar..
lagi2 bila bulan 9 ni nak masuk uni..
lagi la berkobar semangat nak shopping tu..
huh..nak beli kasut la,,pakaian la,,barang2 yang patut la..hmm..
nasib baik list barang yg nak kena beli dah siap..tak perlu la nak pening kepala pikir barang apa yang kena beli..

shopping time is starting..
went shopping with my dad,sister and brother..
first,,agenda pertama semua nak beli kasut sport..dalam 2 3 kedai juga la nak mencari yang murah+kualiti+berkenan..rambang mata..ni tak kena tu tak kena..ingat nak tukar fikiran beli sneakers je..ayah xbagi pulak..dia kata better sport shoes..sneakers guna tak lama and kalau untuk sport tak berapa sesuai..hmm..okay!!at last aku dapat beli kasut at BATA shop..lega 1 barang dah selesai..
teruskan perjalanan cari kasut adik2 and seluar jeans mereka pulak..erghh..dalam 2 3 kedai juga la jelajah..hmm..at last beli jeans for my sister..
satu item je dalam 2 3 kedai..kalau 10 item??parah la..aku dah buat muka bosan dah..huh..dah la cuaca pulak terik..memang la kan..
masuk mall cari kasut formal aku..okay la..sebab aku jenis kalau masuk 1 kedai mata melilau je maknanya tak ada yang berkenan la tu..tapi kalau masuk kedai mata dah aim kat satu barang tu,,hmm,,maknanya barang tu la yang aku berkenan..and erus beli tanpa pikir 2 3 kali..kalau tak alamat berubah hati la jawabnya..hmm..
masuk kedai keluar kedai...masuk kedai keluar kedai..at last dapat la beli jens for my brother..huhu..kat bundle jugak jadi pilihan..
tapi paling menguji kesabaran aku time nak cari kain hitam untuk masuk uni..huh..memang payah betul..
masuk kedai ni tak ada saiz..masuk kedai sana color hitam pulak tak ada..masuk kedai ini,,habis stok pulak..masuk kedai lain tak ada saiz jugak..aduhh..letih..kebanyakan kedai kata dah habis stok and tak ada saiz..kecik sangat ke aku ni??lambat sangat ke beli??
at last kat dalam mall jugak yang ada..alhamdulillah la..akhirnya jumpa jugak..dekat 10 kedai juga la dok usha2 kain hitam tu..haru betul..
selesai cari kain hitam buat gambar ic pulak..nasib baik orang tu kata gambar siap dalam 30 minit..so i went to watsons..cari barang keperluan untuk masuk uni..my dad and adik2 xikut sebab aku yang xbagi ikut..kalau tak..hmm..makin lambat la..at the same time dorang cari jam for  my sister..okay..hampir kesemua barang yang dilistkan untuk preparation uni hampir complete..
baru semangat nak balik coz semua barang yang aku nak dah dapat..BUT......
OH NO!!kasut sport dorang tak beli lagi..sigh...
at last my dad ambil keputusan beli semuanya at BATA shop..shop where i buy my sport shoes..sabar je la..maybe dia decide camtu sebab dia pun dah penat..huhuhu...time dorang tengah pilih2 tu aku buat muka bosan and ignore all the suggestion...HA..HA..HA...sangat penat!!
dari pukul 11 pagi sampai la 3 petang..4 jam..ssiapa yang tak penat kan..

my dad ask me..kakak nak laptop ke?
me:huh??bukan dah ada ke?
dad:tu ayah punya..ni nak belikan untuk kakak..nak laptop yang macam mana?
me:nak netbook..kalau ayah nak belikan notebook better xyah beli la..guna ayah punya je..
dad:jom la kita p survey..kalau tak berkenan nanti ayah pergi loke yatt (betul ke aku eja ni..lantaklah..haha) ayah cari..nak model apa?
me:entah la..tak tahu sangat la pasal benda2 macam ni..ikut ayah la..
dad:okay..kalau ayah busy ayah beli yang kita survey tadi tu je la..acer?ok kan..kakak tak kisah kan..
me:ikut ayah la..kakak boleh je..

at kedai phone..
dad:nak tengok phone la..(memandangkan phone dia dah nazak)
me:boleh je..jom la..(sambil menyelam minum air..hehe)
wow!!nampak nokia-X3..my phone idaman..
me:bro..range phone ni dlm brapa ye?
tauke kedai:RM510
me:okay..(sambil tersenyum)i tanya je dulu..
dad:nak ke?
me:huh?phone yang ada sekarang pun baru setahun jagung..tak puas guna lagi..tak kan nak tukar..tunggu phone yang ada sekarang ni rosak la..
dad:betul tak nak?
me:hmm...betul..sayang kat phone sekarang..tunggu phone ni rosak dulu..next phone baru nak nokia-X3..
dad:okay..ikut la..

lalalalalala....pucuk dicita ulam mendatang..dah lama mengimpikan sebuah netbook dan nokia-X3..tetibe pulak ayah tanya macam tu..ribut xda..angin xda..taufan katrina pun takda..hmm..ni mesti kes hadiah birthday hari tu...tak pun kes sebab anak dia yang manja and gedik nak sambung blaja nun hujung Malaysia..haha..love ayah..even my dad is not a romantic guy,,but he always find out what his children dream off..not like my mother always give surprise and sometimes dont know what her children dreams..she's random..even we are not dream it but we feel happy for her gift because it surprise..i love surprise..so,,very thankfull whatever they want to give for us..

kita hidup biar bersyukur moga akan datang ada rezeki yang lebih nikmat dan rahmat dari sebelum ni...ingatlah jika hari ini kita hidup senang esok lusa kita tak tahu dimana nasib kita..mungkin lebih senang dari semalam mungkin lebih papa dari sebelum ini..sebaik-baik pemberian dari seseorang ialah doa yang berterusan..itu yang terbaik,,itu yang afdal,,itulah yang mulia..
ingatlah kita hanya hamba..apa yang kita miliki tidak selamanya milik kita..

Fruits Basket-Serenade

Tuesday 16 August 2011

Alhamdulillah..selangkah ke hadapan..

alhamdulillah..tanggal 15/8..
aku sangat bersyukur hari ni..umurku genap tambah setahun lagi..
maknanya hidupku lepas ni pasti lebih mencabar dan banyak dugaan yang bakal ditempuhkan..
sangat berterima kasih pada teman-teman dan keluarga tercinta yang wish and mendoakan diriku..
amin ya rabbal'alamin...semoga hidupku diberkatiNya dan diredhaiNya..

aku tidak mengharapkan hadiah berupa material..
cukup sekadar kalian mendoakan diriku moga panjang umur,,murah rezeki dan dipermudahkan urusan2 duniawi dan akhiratiku..
dan xlupa juga semoga kita semua dibawah lindunganNya dan rahmatNya.
itu pun sudah memadai bagi diriku..

ya Allah,,hari ni hati sangat berbunga2 kerana Engkau memberiku peluang untuk terus hidup di dunia dalam mencari redhaMu..
ampunkanlah dosaku..semoga dengan kelahiran baruku ini akan lebih bermakna bagiku dalam mencari identiti sebenar diriku sebagai seorang mujahid di bumiMu ini..
tiada yang layak memberikan aku kehidupan sebegini melainkan diriMu..
alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

jauh di sudut hatiku,,sudah lama ye aku menetap di bumi Allah..tapi apa yang telah aku sumbangkan kepada penciptaKu..aku hanyalah hambaMu yang lemah..pimpinlah aku ke jalanMu..aminn..

rasa sedih sedikit bila orang yang kita tunggu2 tidak wish kitakan..hmm..tapi apakan daya..kau bukan milikku..tidak aku memaksamu..semoga kau diredhai dan dibawah rahmatNya..aminn..

Wednesday 10 August 2011

Indahnya Warkah Dari Mu...

indahnya warkah darimu..
gaya bahasa nan indah..
tiada yang setara denganmu untuk mencipta kata-kata yang begitu puitis..
aku teruja saat aku menghayatinya..
sangat terharu juga saat aku diperdengarkan dengan kata-kata darimu..
lagi indah bila warkahmu dibaca dengan lafaz yang syahdu..
yakni dengan lafaz yang menyentuh kalbuku..
it's heal my heart..and it's also makes me happy..
bila aku sedih aku akan membacanya..
saat aku susah hati,,saat aku sedih,,saat aku kebosanan,,aku akan membacanya..
tika aku dalam keadaan gembira sekalipun..
setiap hari aku berazam untuk membaca warkahmu..
aku sedar,,saat dalam kesibukan dengan duniawi aku lepas tanggungjawabku untuk menghayati warkah darimu..
aku juga sedar,,pada saat aku dalam kesibukan juga aku lupa untuk membaca warkahmu..
ampunkanlah dosaku kerana aku meninggalkan warkahmu..
warkahmu sebagai pesanan buatku,sebagai teladan buatku,,sebagai penghapus dosaku padamu,,sebagai penghapus dukaku,,sebagai penghibur hatiku,,sebagai peringatan bagiku...
kau amat memahami perasaanku,,sangat memahami diriku..
tiada yang layak darimu untuk memenangi hatiku..
kau hilangkan kegusaran,,kau hilangkan kedukaan,,kau hilangkan kepahitan dalam hidupku ini..
hanya kau yang layak untuk aku rujuk tika aku senang mahupun dalam keperitan..
you give everything that better for me..
thanks to you..
thanks to you..
Alhamdulillah..
when we want to talk to Allah,we pray and says prayers..
when we want to hear Allah talk to us,we read the love letter from Him..

Sunday 7 August 2011

Istimewanya Menjadi Wanita..

Wanita disebut kurang dari sudut agama..tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya..mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas..namun,oleh sebab pada waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat,maka sepanjang waktu haid dan nifas itu,Allah tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu..

bayangkan seorang wanita baru melahirkan anak.sudahlah digugurkan dosa-dosanya,diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dalam keadaan nifas..dan kalau dia sabar dalam menyusu,memelihara dan melayan karenah anaknya pula,makin banyaknya pahala yang Allah sediakan untuknya..

seorang lelaki,,syurganya di bawah telapak kaki ibu..seorang wanita,,syurganya di bawah telapak kaki suami..lihatlah betapa tingginya darjat seorang wanita sehinggakan syurga bagi lelaki terletak di bawah telapak kaki ibu yakni seorang wanita..wahai para isteri,,saat suamimu berjamaah di masjid janganlah kamu cemburu terhadapnya akan pahala berganda yang diperoleh daripada solat berjamaah itu sendiri..kerana setiap pahala yang ada pada suamimu akan dikongsi bersama denganmu..yakni kamu juga peroleh pahala secara terus dari suamimu selagi kamu taat padanya..

subhanallah..sesungguhnya Allah sangat adil terhadap hambaNya..lebih-lebih lagi kaum wanita..bersukurlah kamu dengan apa yang telah tercipta untukmu..Allah tidak pernah pilih kasih antara lelaki dan wanita..wuallahualam..
Sumber:buku "salah faham tentang Islam" dan input ceramah selepas solat terawih..

Wasiat Nabi Muhammad s.a.w Kepada Sayidina Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia..
tidak terpesona dengan pujuk rayu..
benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
jujur dalam berkata-kata..
menjauhi segala yang haram..
merendahkan diri..

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR ada 3 tanda-tandanya:
merahsiakan ibadahnya..
merahsiakan sedekahnya..
merahsiakan ujian yang menimpanya..

Wahai Ali, bagi orang yang TAQWA itu ada 3 tanda-tandanya:
takut berlaku dusta dan keji..
menjauhi kejahatan..
memohon yang halal kerana akut jatuh dalam keharaman..

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH ada 3 tanda-tandanya:
mengawasi dirinya..
menghisab dirinya..
memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t..

mendengarkan wasiat diatas,,barulah kita sedar siapa diri kita dan kategori manakah kita untuk wasiat-wasiat diatas..adakah kita boleh dikatakan orang mukmin,,orang alim,,orang yang jujur,,orang yang taqwa,,atau ahli ibadah??hanya kita sahaja yang boleh nilai diri sendiri..bukan orang lain..
pengajaran,,lepas ni paham-paham la ye takat mana dah iman kita tu..tepuk dada tanya iman..=)

Friday 5 August 2011

Rahmat Ramadhan...

Alhamdulillah..ramadhan kali ini sangat bermakna..(setakat hari ni la)
kenapa ye??
pertama kali sebab dapat ramadhan with family..tahun lepas sehari pun tak pernah ramadhan with family..
yg kedua sebab untuk tahun ni berazam nak terawih sepanjang ramadhan kalau tiada aral..sebab takut the next year kita busy with other thing..maklumlah kalau dah sambung belajar tu kan..macam tahun lepas kalau nak pergi terawih bila hujung minggu je..tak pun bila homework and assignment tak ada..alhamdulillah tahun ni ada peluang..
yg ketiga sebab full of my day tak buang masa..kalau orang lain tengah cuti2 ni la diaorang boring..
tapi alhamdulillah akhirnya dapat juga kerja bagi mengisi cuti kali ini..hmm..tapi sekadar kerja with my mom..ok la tu kan..start kerja sejak 1st of august..penat!!tapi alhamdulillah still ada kekuatan nak buat terawih..

at the same time rasa nervous sebab tak lama lagi dah nak sambung belajar..jadi orang utara la lepas ni..=)
bersemangatkah anda untuk menghadapi era baru yakni pelajar uni??hehe
no comment..hehe..mula2 cam bersemangat..tapi bila lama cam sedih pulak..huhu..
hujung malaysia tu..boleh ke...nampak gaya ada harapan cerah untuk homesick tiap hari..dah la member tak ramai kat sana..hmm...my mom always tenangkan..dia siap boleh kata,,takpe..jangan risau..anak jiran kita ada sorang kat perlis..nanti nak balik selangor balik dengan dia la..senang sikit..huhu..entah anak jiran tu laki entah pompuan..rupa pun tak kenal..
barang2 dah la tak kemas lagi..sijil2 tak sahkan lagi..hmm..pikir2 hujung minggu la settlekan..list barang2 pun tak sediakan lagi..huhu

hope everythings gonna be okay..hmm..yaa Allah,,kuatkan semangat aku untuk aku menghadapi cabaran yang akan datang..tiada yang layak menenangkan aku melainkanMu..
belakangan ni sibuk on9 fb kat group je la..belum masuk uni lagi dah famous dikalangan senior2..adusss....parah niee....gara2 nama bapak sama je boleh famous..duussshhhh.....benda macam tu pun boleh jadi isu lak..

Friday 22 July 2011

Kenapa??Kenapa??Kenapa??

sedih rasa hati ingin melupakan dia..kerana saat ini seakan saat kita bakal kehilangan dia untuk selama-lamanya..

Kenapa??
kenapa??
kenapa??
kenapa bila kita nak lupakan seseorang dalam hidup kita tapi dia muncul depan mata kita??
kenapa dia mesti muncul juga bila kita tekad mula untuk benci dia??
kenapa saat kita mula untuk lupakan dia tapi pada saat itu juga dia seakan akan memberi harapan pada kita??
kenapa kita sanggup seksa diri kita semata-mata untuk orang yang kita sayang??(sedangkan dia tak tahu kita terlalu amat sayangkan dia)
kenapa sukar untuk kita deletekan kenangan yang telah tercipta??
kenapa sukar untuk kita elak takdir yang Allah dah tentukan untuk kita??

saat aku dalam kebuntuan..seorang teman hadir memberikan aku semangat..yakni sedikit peringatan buatku..thank you so much my friend..you know what i'm feel even i'm not telling you..mungkin inilah kuasa persahabatan antara kami..

satu ketika aku dalam kebuntuan,,seorang sahabat mengirmkanku satu pesanan..peringatan..yakni mengembalikan kekuatanku..
she share with me::
cara2 Allah makbulkan doa kita
1. terus dimakbulkan
2. ditangguhkan permohonan sampai masa yang sesuai
3. ganti dengan sesuatu yang lebih bagus
4. makbulkan di akhirat

saat terbaca pesanannya,,aku sedar dari lena yang panjang..selama ini aku lupa..banyak cara untuk Allah makbulkan doa kita..jika dia tidak mengabulkan doa kita pasti dia telah mengantikannya..cuma kita sendiri yang tidak menyedarinya..wuallahu'alam..

Apakah Ini Pertemuan Untuk Perpisahan Kita??

tadi petang dalam pukul 2 pergi medical check up..
mula2 pergi pagi..then dia kata medical check up hanya buat pada waktu petang sahaja..

medical check up sangat melecehkan..
nasib baik pembantu kesihatan tu buat paham2..
nak siap keseluruhannya memakan masa selama 2 jam..
ikutkan sekejap je..
tapi maklumlah bukan kita sorang je nak buat..
tadi angka giliran pun kena tunggu dalam 20 orang..
huhu..sabar je la kan..
tapi paling kesian kat mama..tunggu 2 jam tanpa buat apa2..


back to my topic..
"APAKAH INI PERTEMUAN UNTUK PERPISAHAN KITA??"

hari ini hari yang sangat surprise bagi diriku..
kerana apa?
kerana insan yang ku dambakan muncul semula dalam hidupku..
niatku untuk melupakan dia hanya di pertengahan sahaja..
mengapa semua ini berlaku..
sesaat aku tiba untuk medical check up,,saat itu aku terlihat sesusuk tubuh insan yang amat kukasihi..
insan yang amat kuinginkan,,insan yang amat kurindui,,insan yang amat kudambakan..
dan saat itu juga ku rasakan aku ingin menangis di depannya,,saat itu juga ku rasakan tiada nafas yang ku hela..
aku hanya mampu melemparkan senyumanku..
awalnya dia tidak perasan akan kehadiranku..
tapi saat dia menoleh untuk kali kedua baru dia menyedarinya..
tanganku menggeletar..
Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk berhadapan dengan hambaMu ini Ya Allah..
aku kuatkan semangatku untuk berbicara dengannya..
yess..yess..yess..aku berjaya..
tapi hanya sepatah dua kata sahaja..
sekadar bertanyakan keputusan UPU..(walaupun aku sudah tahu terlebih dahulu)
kulihat dia tidak banyak perubahan..sejak setahun lalu tidak berhadapan dengannya..
sepanjang pengurusan aku tekad dengan diriku..
agar aku tidak kelihatan seperti mengejarnya..
tapi saat itu hatiku meronta untuk tidak melepaskan pandanganku darinya..
apakan dayaku..aku tetap dengan jihadku agar dia luput dari ingatanku..

Ya Allah.....
dalam hati ini hanya Kau sahaja yang mengetahuinya..
berikanlah aku kekuatan..
untuk aku terus melupakannya..
agar hatiku tidak sakit lagi Ya Allah..
semakin lama penantian ini,,semakin sengsara hati ini..
tapi untuk hari ini aku sangat berterima kasih padaMu..
kerana memberiku ruang untuk menatap dirinya mungkin buat kali terakhir..
jika Engkau mahu pertemukan kami semula,,temukanlah kami saat diri kami telah menggenggam segulung ijazah..
temukanlah kami saat diri kami masing2 sudah bersiap menjadi hambaMu yang sejati..

aku percaya dengan kekuasaanMu..jodoh pertemuan,,ajal dan maut,,semuanya ditanganMu..semuanya ketentuanMu..hanya Engkau yang mengetahui segala isi hatiku..segala isi hati dia..aku pasrah menanti seorang syabab sebagaimana cinta dan kasihnya bagai cinta dan kasihku pada dia..hanya Engkau yang mengetahui segala rahsia hidupku..

Monday 18 July 2011

Keputusan UPU

tengah2 nak holiday ni la kerajaan nak keluarkan result UPU..
dah la time result keluar tu tengah enjoy kat Langkawi Island..
kacau daun betull..

time tengah hari tu sedang lunch di sebuah kedai makan,,my roomate tawarkan untuk cekkan result..
mula2 tak nak..ingat nak tunggu balik nanti..
laptop pulak tak bawak..
dengan rasa berdebar and separuh rela saya serahkan no ic ngan no matrik..
keputusannya::
TEMPAT PENGAJIAN:UNIMAP
KURSUS PENGAJIAN:RK28(KEJURUTERAAN BIOPROSES)

taktau nak eksperesikan mimik muka dan perasaan masa tu..
gembira??sedih??takut??risau??
speechless rasa..
bila mama and ayah tanya...hmm...saya saja jawab lambat2 and slow..
saya lihat mereka pun speechless juga..
~tak perlu kata apa-apa..senyum..~

nampaknya gurauan saya selama ini menjadi realiti..
saya pernah bergurau dengan kawan mana tahu saya dapat perlis..
saya juga gurau dengan ayah dan mama..kalau dapat perlis macam mana??mereka kata"boleh je..nanti kita pergi Langkawi..pergi Thailand pula mana tahu.."

perasaan saya,,
keputusan ini menyedihkan..
sebab terpaksa jauh dari family,,kena pandai jaga diri,,tiada siapa nak tengok2kan sebab kat sana tak ada saudara mara..
yang paling sedih,,,apakah saya telah menyusahkan ibubapa saya sendiri..

tapi jauh di sudut hati,,
mungkin ada hikmah terbesar di sebalik keputusan ini..
mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar agar tidak mengharapkan orang lain..
saya nak belajar untuk berdiri di kaki saya sendiri..
saya berazam untuk ubah semua yang tidak baik tentang diri saya..
dan mungkin ini masa sesuai untuk saya membuat penghijraan diri saya..
mungkin penghijrahan saya ini saya dapat mencari identiti sebenar diri saya..
dan saya paling berharap keputusan ini bakal merubah diri saya agar menjadi insan yang matang..
dan hikmah paling besar bagi saya......
semoga saya dapat melupakan dia..kalau boleh saya nak lupakan segala kenangan saya dengan dia..agar penyiksaan hati saya bakal berakhir..antara kita tiada apa2 lagi..
kalau betul anara kita ada jodoh..semoga kita bertemu setelah masing2 tamat belajar..
i'm engineer to be..and 'dia' doctor to be..

Ya Allah,,aku redha dengan ketentuanMu..kerana aku yakin..setiap apa yang telah kau tentukan untukku pasti ada hikmahnya..semoga Kau redhai diriku dan berada di bawah naunganMu sepanjang roh dan jasad ku masih lagi bersatu....Amiinn..................

3 Days 3 Nights at Mahsuri Island

Khamis
10.00 malam-bertolak dari hospital

only 1 bus..with 27 person only..nampak sikit but it's good sebab tak crowd..=)
fully Khamis siang siapkan barang untuk trip..
sangat penat..but at the same time so exited..

Jumaat
6.00-6.30 pagi-singgah sebentar di masjid
7.00 pagi-arrive Kuala Perlis
7.30 pagi-breakfast(nasi lemak+telur RM3*MAHAL*)
8.15pagi-naik feri(for the first time..haha)
9.30 pagi-arrive Langkawi Island(i can't believe it)
10.00 pagi-check in at Eagle Bay Hotel
12.00 tgh hari-went to the trip
*Geopark
*Wildlife park(macam zoo la lebih kurang)
*borong product gamat
*naik cable car
*borong kain batik
*borong coklat
8.30 malam-dinner at Restoren Wan Thai
11.00 malam-balik hotel

Sabtu(shopping day)
8.30 pagi-breakfast at Eagle Bay Restaurant
9.30 pagi-went to Pekan Kuah(shopping sudu je)
11.30 pagi-balik hotel and bersiap nak sambung shopping lagi
2.00 hingga 4.00petang-went to Ram's(gedung pinggan mangkuk)
6.00petang-jalan2 cari makan(makan kat warung je)
malam fully kemas barang and berehat..

Ahad
5.30 pagi-siapkan diri
7.00 pagi-breakfast at Eagle Bay Restaurant
7.30 pagi-bertolak ke jeti
8.30pagi-pemeriksaan kastam(alhamdulillah tak kena tax)
9.00 pagi-feri bertolak
10.30 pagi-sampai di jeti Kuala Perlis
12.30 tgh hari-sampai di Padang Besar
2.00 petang-bertolak ke Selangor
10.30 malam-yeah!!!selamat tiba

i'm really enjoy the trip..lain kali ada peluang lagi nak pergi lagi...sangat enjoy..but for the next time nak jelajah pulau2 yang ada kat sana pula..

Wednesday 13 July 2011

Jadi Mangsa...

sejurus ayah pulang dari kerja jam 10 malam....

mak:macam mana holiday plan?kena ada kat hospital bila?
ayah:hmm...khamis malam jumaat..about jam 10 malam bertolak..balik hari ahad tengah hari..
mak:laa..yeke?kalau macam ni budak2 kena ambil cuti la..
adik2:yess!!!!jumaat takyah pergi sekolah..
mak:rabu malam khamis kemas barang ye..beg masing2..
adik2:ok!!!
kakak:seronok la ye korang kalau bab2 ponteng sekolah ni ye..hah!!balik dari holiday jangan lupa buat surat cuti..
adik2:eh??ada orang tu cuti..nape pulak kena buat surat..orang yang tengah cuti la buatkan..
kakak:wah3...time ni la nak practice buat karangan surat rasmi..
adik2:tak nak..orang tu tengah cuti..buatkanlah..
kakak:.....................(aku la ni jadi mangsa lagi..huhu)

conclusion:sebagai seorang penganggur sementara,,terpaksalah study karangan semula yang telah ditinggalkan selama 2 tahun..karangan surat rasmi??karangan nilah yang pelajar takkan buat dalam exam..and,,and,,and,,at the same time belajar bahasa melayu baku pula..

sebagai seorang penganggur bukan bermakna dia duduk di rumah senang lenang ye..buat pengetahuan,,lagi banyak benda yang perlu diuruskan..lagi2 dah nak puasa ni..huhu..
projek seorang penganggur::
*uruskan rumah(kira practice jadi suri rumah la ni)
*habiskan waktu terluang dengan membaca buku(supaya otak tak karat)
*tolong bisnes mak(kerja mengira je la)
*tonton tv puas2..(selagi tv depan mata)
*jadi PA mak jugak(teman beli barang dapur n shopping)
*jahit langsir(nasib baik tak kena jahit baju..menangis tak berlagu kang)
*buat kuih raya(projek bulan puasa)
*holiday!!(setelah setahun tak holiday with family)
*gain weight(kurus sangat ke aku ni?)
*buat surat rasmi(setakat ni dah buat 3 surat dah)

so,don't judge a book by its cover ok..walaupun duduk rumah tak bermakna kita ada free time yang banyak..hmm..tak sabar nak tunggu bulan puasa..lagi pack masa lagi seronok hidup ni..(gian nak "busy"kan diri)

Wednesday 6 July 2011

Bersihkan Hati Kita........

Tabaranimeriwyatkan daripada Ibnu Abbas, Rasulullah pernah menghantar seorang utusan kepada Wahsyi bin Harb bagi mengajaknya memeluk Islam. Wahsyi adalah bekas hamba kepada Hindun, isteri Abu Sufyan. Wahsyi inilah yang membaling tombak kepada ayah saudara Nabi, Hamzah bin Abdul Mutalib sehingga mati pada Perang Uhud. Manakala Hindun inilah yang memakan hati Hamzah. Atas jemputan itu, Wahsyi datang menemui Nabi. Lalu Nabi mengajak memeluk Islam.

Jawab Wahsyi, "Ya Muhammad,bagaimana pula engkau menyeru aku supaya memeluk agamamu, sedangkan engkau pun selalu berkata, barangsiapa yang membunuh, syirik, berzina, maka dia layak dimasukka ke neraka,digandakan kepadanya azab sengsara di akhirat, bahkan dia kekal dalam neraka. Sedangkan semua itu aku lakukan. Apakah ada kekecualian bagi diriku?"

Kemudia turunlah ayat 70 surah al-Furqan yang bermaksud "Melainkan orang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka Allah tukarkan kekejian mereka dengan kebajikan dan Allah itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Wahsyi berkata pula, "Ya Muhammad, syarat itu sangat ketat bagi orang seperti aku, yakni syarat ' melainkan orang bertaubat dan beramal soleh.'Rasa-rasanya aku tidak mampu melakukan semua itu."

Maka turun ayat 48 dalam surah an-Nisaa' yang bermaksud, "sesungguhnya Allah tidak mengampunkan selai daripada itu, bagi sesiapa yang dikehendakinya."

Kemudian Wahsyi berkata, "Ya Muhammad, aku rasa syarat ini pun aku tidak mampu, sebabnya aku pun tidak pasti sama ada Allah mengampunkan aku. Tidak adakah ayat yang lain?"

Maka turunlah ayat 53 dalam surah al-Zumar yang bermaksud, "Wahai hambaKu yang mensia-siakan diri mereka, janganlah kamu semua berputus harap dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Mendengar itu, Wahsyi memeluk Islam dan beliau ialah pejuang yang hebat sehingga terbunuh di medan perang.

Kisah Wahsyi adalah antara puluhan cerita kemaafan dan sifat baik Rasulullah SAW.  Dia pernah menjadi musuh paling ketat baginda. Bahkan Rasulullah SAW kehilangan bapa saudara yang dikasihi angkara mereka. Namun, sifat tidak membalas dendam baginda menyebabkan musuh yang paling ganas bertukar menjadi sahabat yang paling kuat berjuang.

Orang yang bagaimana sekalipun keadaannya, dia menjadi baik apabila dilayan dengan baik. Kasih sayang sifat pemaaf dan penghormatan dapat menjadikan seseorang itu terpaut dengan apa yang kita kata. Oleh itu, sifat Rasulullah SAW ini adalah contoh bagi umatnya. Apabila kita dapat mengatasi marah, dendam dan kebencian dengan pancaran kasih sayang, cinta dan rasa hormat, maka insan yang bagaimanapun cuba bermusuh dengan kita, Insya'allah menjadi orang baik dan mulia dengan kita....

Sumber:Cerita-cerita Motivasi Jiwa
Karya:Dr, Shukri Ahmad, Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah

dari kisah ini banyak yang kita boleh ambil manfaatnya..kita kena ingat bahawasanya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun atas segala dosa-dosa hambaNya..tidak kiralah dosa besar apatah lagi dosa-dosa kecil..kita juga kenalah contohi sifat yang ada pada Rasulullah sendiri..dendam kesumat yang ada dalam diri haruslah kita jauhi..semoga orang yang berdendam dengan kita menjadi sahabat yang setia dalam perjuangan hidup kita..Wuallahu'alam..=)