Search This Blog

Saturday 3 September 2011

Layakkah Aku Untuknya??

Perlis oh Perlis..
Selangor oh Selangor..
perjalanan yang jauh,,jarak yang jauh..
yang tak pernah aku bayangkan sebelum ini..

apakah takdirNya untuk aku berpisah dengan dirimu?
apakah aku tidak layak untuk dirimu?
apakah ada yang lebih baik dari dirimu walau aku merasakan dirimu sudah terlalu baik bagi diriku?
sakit rasa hati ini bila mengenangkan terpaksa berjauhan darimu..
tapi apakan dayaku menentang takdirNya,,menafikan takdirNya,,menolak takdirNya..
kerana aku yakin pada takdirNya..setiap yang ditentukanNya pasti ada manfaat serta hikmahnya..

aku sentiasa merinduimu walau aku tidak pasti sejauh mana takdir yang telah ditetapkan untuk kita..
hatiku merana kerana terus menerus menyimpan perasaan padamu..
sakit hati saat mengenangkan betapa payahnya untuk aku membuang dirimu dari hidupku..
andai diri ini boleh di'backspace'kan,,aku tidak mahu bertemu denganmu..
andai hidup ini boleh di'delete'kan,,akan aku delete semua kenangan kita..
andai hidup ini boleh di'reformat'kan,,akan aku reformat hidupku semula agar aku terus melupakanmu..
walau hati ini sakit memendam,,jauh di sudut hati terasa sejuk saat aku membaca coretanmu walau hanya buat temanmu..
semoga aku dapat merubah diriku agar aku layak berdiri sama tinggi denganmu,,duduk sama rendah denganmu..
aku bukanlah insan yang baik sepertimu..
tapi aku akan berusaha untuk menjadi baik agar aku setaraf denganmu..
perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..

tiada istilah kebetulan dalam kamus kehidupan kita..
yang ada hanyalah takdir yang telah Allah tetapkan..
Ya Allah,,satukanlah hati kami jika benar dia pilihan terbaik buatku..
jika dia bukan milikku,,hapuskanlah semua kenangan yang pernah kami lalui bersama..
jika dia bukan milikku,,timbulkanlah sedikit rasa benci pada dirinya..
jika dia bukan milikku,,hadirkanlah seorang insan yang lebih baik darinya..
semoga aku terus tabah menerima takdirMu..

Setelah Lama Merehatkan Diri...

esok,,hari yang bakal ditunggu-tunggu..
tamatnya hari-hariku untuk bercuti..
setelah lama merehatkan diri..
setelah lama tangan ini tidak menyentuh buku2 pelajaran..
setelah lama otak tidak proses sekuat yang mungkin..
cuti panjang sangat tak best..
hope otak tak la berkarat sangat..hehe

esok aku akan memulakan perjalananku meredah negeri2 utara..
dalam aku ingin megejar cita2..
dalam aku mencari kehidupan yang baru..
dalam aku lebih mengenal diriku dengan lebih mendalam..

sedih rasa hati bila mengenangkan terpaksa berjauhan lagi dengan keluarga..
tetapi pemergianku kali ini sangat aku rasakan betapa beratnya hatiku untuk aku meneruskan perjalanan hidupku sebagai seorang mujahid..
tidak seperti sebelum ini,,walau terpaksa berjauhan dengan keluarga tapi masih ada yang memantau,,masih ada yang menjenguk tika aku kerinduan..
tapi selepas hari esok berlalu,,aku bakal keseorangan meneruskan perjalananku tanpa keluarga disisi..
sedih bila keluarga tiada disisi..
aku sangat berharap Allah berikan aku kekuatan untuk aku terus tabah mengharungi perjalanan hidupku selepas ini..
bakal berjauhan dengan keluarga,,berjauhan dengan sahabat,,berjauhan dengan saudara mara,,dan bakal berjauhan dengan orang yang aku dambakan..

berat hati ini untuk menerima keputusan untuk merantau di hujung utara Malaysia..
tapi aku tahu Dia sentiasa bersamaku..
Dia sentiasa membantuku tika aku memerlukanNya..
aku yakin setiap keputusan yang telah ditentukanNya bukan satu kesilapan yang harus aku sesali tapi menerimanya bahawa itu takdir yang telah ditetapkanNya..
kerana aku yakin segala takdir yang telah ditentukan olehNya pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..
pasti ada kebaikannya walau berat bagi kita untuk menerimanya..

esok subuh bakal menjadi warga Perlis..huhu..say goodbye to Selangor..