Search This Blog

Friday 22 July 2011

Kenapa??Kenapa??Kenapa??

sedih rasa hati ingin melupakan dia..kerana saat ini seakan saat kita bakal kehilangan dia untuk selama-lamanya..

Kenapa??
kenapa??
kenapa??
kenapa bila kita nak lupakan seseorang dalam hidup kita tapi dia muncul depan mata kita??
kenapa dia mesti muncul juga bila kita tekad mula untuk benci dia??
kenapa saat kita mula untuk lupakan dia tapi pada saat itu juga dia seakan akan memberi harapan pada kita??
kenapa kita sanggup seksa diri kita semata-mata untuk orang yang kita sayang??(sedangkan dia tak tahu kita terlalu amat sayangkan dia)
kenapa sukar untuk kita deletekan kenangan yang telah tercipta??
kenapa sukar untuk kita elak takdir yang Allah dah tentukan untuk kita??

saat aku dalam kebuntuan..seorang teman hadir memberikan aku semangat..yakni sedikit peringatan buatku..thank you so much my friend..you know what i'm feel even i'm not telling you..mungkin inilah kuasa persahabatan antara kami..

satu ketika aku dalam kebuntuan,,seorang sahabat mengirmkanku satu pesanan..peringatan..yakni mengembalikan kekuatanku..
she share with me::
cara2 Allah makbulkan doa kita
1. terus dimakbulkan
2. ditangguhkan permohonan sampai masa yang sesuai
3. ganti dengan sesuatu yang lebih bagus
4. makbulkan di akhirat

saat terbaca pesanannya,,aku sedar dari lena yang panjang..selama ini aku lupa..banyak cara untuk Allah makbulkan doa kita..jika dia tidak mengabulkan doa kita pasti dia telah mengantikannya..cuma kita sendiri yang tidak menyedarinya..wuallahu'alam..

Apakah Ini Pertemuan Untuk Perpisahan Kita??

tadi petang dalam pukul 2 pergi medical check up..
mula2 pergi pagi..then dia kata medical check up hanya buat pada waktu petang sahaja..

medical check up sangat melecehkan..
nasib baik pembantu kesihatan tu buat paham2..
nak siap keseluruhannya memakan masa selama 2 jam..
ikutkan sekejap je..
tapi maklumlah bukan kita sorang je nak buat..
tadi angka giliran pun kena tunggu dalam 20 orang..
huhu..sabar je la kan..
tapi paling kesian kat mama..tunggu 2 jam tanpa buat apa2..


back to my topic..
"APAKAH INI PERTEMUAN UNTUK PERPISAHAN KITA??"

hari ini hari yang sangat surprise bagi diriku..
kerana apa?
kerana insan yang ku dambakan muncul semula dalam hidupku..
niatku untuk melupakan dia hanya di pertengahan sahaja..
mengapa semua ini berlaku..
sesaat aku tiba untuk medical check up,,saat itu aku terlihat sesusuk tubuh insan yang amat kukasihi..
insan yang amat kuinginkan,,insan yang amat kurindui,,insan yang amat kudambakan..
dan saat itu juga ku rasakan aku ingin menangis di depannya,,saat itu juga ku rasakan tiada nafas yang ku hela..
aku hanya mampu melemparkan senyumanku..
awalnya dia tidak perasan akan kehadiranku..
tapi saat dia menoleh untuk kali kedua baru dia menyedarinya..
tanganku menggeletar..
Ya Allah..berikan aku kekuatan untuk berhadapan dengan hambaMu ini Ya Allah..
aku kuatkan semangatku untuk berbicara dengannya..
yess..yess..yess..aku berjaya..
tapi hanya sepatah dua kata sahaja..
sekadar bertanyakan keputusan UPU..(walaupun aku sudah tahu terlebih dahulu)
kulihat dia tidak banyak perubahan..sejak setahun lalu tidak berhadapan dengannya..
sepanjang pengurusan aku tekad dengan diriku..
agar aku tidak kelihatan seperti mengejarnya..
tapi saat itu hatiku meronta untuk tidak melepaskan pandanganku darinya..
apakan dayaku..aku tetap dengan jihadku agar dia luput dari ingatanku..

Ya Allah.....
dalam hati ini hanya Kau sahaja yang mengetahuinya..
berikanlah aku kekuatan..
untuk aku terus melupakannya..
agar hatiku tidak sakit lagi Ya Allah..
semakin lama penantian ini,,semakin sengsara hati ini..
tapi untuk hari ini aku sangat berterima kasih padaMu..
kerana memberiku ruang untuk menatap dirinya mungkin buat kali terakhir..
jika Engkau mahu pertemukan kami semula,,temukanlah kami saat diri kami telah menggenggam segulung ijazah..
temukanlah kami saat diri kami masing2 sudah bersiap menjadi hambaMu yang sejati..

aku percaya dengan kekuasaanMu..jodoh pertemuan,,ajal dan maut,,semuanya ditanganMu..semuanya ketentuanMu..hanya Engkau yang mengetahui segala isi hatiku..segala isi hati dia..aku pasrah menanti seorang syabab sebagaimana cinta dan kasihnya bagai cinta dan kasihku pada dia..hanya Engkau yang mengetahui segala rahsia hidupku..

Monday 18 July 2011

Keputusan UPU

tengah2 nak holiday ni la kerajaan nak keluarkan result UPU..
dah la time result keluar tu tengah enjoy kat Langkawi Island..
kacau daun betull..

time tengah hari tu sedang lunch di sebuah kedai makan,,my roomate tawarkan untuk cekkan result..
mula2 tak nak..ingat nak tunggu balik nanti..
laptop pulak tak bawak..
dengan rasa berdebar and separuh rela saya serahkan no ic ngan no matrik..
keputusannya::
TEMPAT PENGAJIAN:UNIMAP
KURSUS PENGAJIAN:RK28(KEJURUTERAAN BIOPROSES)

taktau nak eksperesikan mimik muka dan perasaan masa tu..
gembira??sedih??takut??risau??
speechless rasa..
bila mama and ayah tanya...hmm...saya saja jawab lambat2 and slow..
saya lihat mereka pun speechless juga..
~tak perlu kata apa-apa..senyum..~

nampaknya gurauan saya selama ini menjadi realiti..
saya pernah bergurau dengan kawan mana tahu saya dapat perlis..
saya juga gurau dengan ayah dan mama..kalau dapat perlis macam mana??mereka kata"boleh je..nanti kita pergi Langkawi..pergi Thailand pula mana tahu.."

perasaan saya,,
keputusan ini menyedihkan..
sebab terpaksa jauh dari family,,kena pandai jaga diri,,tiada siapa nak tengok2kan sebab kat sana tak ada saudara mara..
yang paling sedih,,,apakah saya telah menyusahkan ibubapa saya sendiri..

tapi jauh di sudut hati,,
mungkin ada hikmah terbesar di sebalik keputusan ini..
mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar agar tidak mengharapkan orang lain..
saya nak belajar untuk berdiri di kaki saya sendiri..
saya berazam untuk ubah semua yang tidak baik tentang diri saya..
dan mungkin ini masa sesuai untuk saya membuat penghijraan diri saya..
mungkin penghijrahan saya ini saya dapat mencari identiti sebenar diri saya..
dan saya paling berharap keputusan ini bakal merubah diri saya agar menjadi insan yang matang..
dan hikmah paling besar bagi saya......
semoga saya dapat melupakan dia..kalau boleh saya nak lupakan segala kenangan saya dengan dia..agar penyiksaan hati saya bakal berakhir..antara kita tiada apa2 lagi..
kalau betul anara kita ada jodoh..semoga kita bertemu setelah masing2 tamat belajar..
i'm engineer to be..and 'dia' doctor to be..

Ya Allah,,aku redha dengan ketentuanMu..kerana aku yakin..setiap apa yang telah kau tentukan untukku pasti ada hikmahnya..semoga Kau redhai diriku dan berada di bawah naunganMu sepanjang roh dan jasad ku masih lagi bersatu....Amiinn..................

3 Days 3 Nights at Mahsuri Island

Khamis
10.00 malam-bertolak dari hospital

only 1 bus..with 27 person only..nampak sikit but it's good sebab tak crowd..=)
fully Khamis siang siapkan barang untuk trip..
sangat penat..but at the same time so exited..

Jumaat
6.00-6.30 pagi-singgah sebentar di masjid
7.00 pagi-arrive Kuala Perlis
7.30 pagi-breakfast(nasi lemak+telur RM3*MAHAL*)
8.15pagi-naik feri(for the first time..haha)
9.30 pagi-arrive Langkawi Island(i can't believe it)
10.00 pagi-check in at Eagle Bay Hotel
12.00 tgh hari-went to the trip
*Geopark
*Wildlife park(macam zoo la lebih kurang)
*borong product gamat
*naik cable car
*borong kain batik
*borong coklat
8.30 malam-dinner at Restoren Wan Thai
11.00 malam-balik hotel

Sabtu(shopping day)
8.30 pagi-breakfast at Eagle Bay Restaurant
9.30 pagi-went to Pekan Kuah(shopping sudu je)
11.30 pagi-balik hotel and bersiap nak sambung shopping lagi
2.00 hingga 4.00petang-went to Ram's(gedung pinggan mangkuk)
6.00petang-jalan2 cari makan(makan kat warung je)
malam fully kemas barang and berehat..

Ahad
5.30 pagi-siapkan diri
7.00 pagi-breakfast at Eagle Bay Restaurant
7.30 pagi-bertolak ke jeti
8.30pagi-pemeriksaan kastam(alhamdulillah tak kena tax)
9.00 pagi-feri bertolak
10.30 pagi-sampai di jeti Kuala Perlis
12.30 tgh hari-sampai di Padang Besar
2.00 petang-bertolak ke Selangor
10.30 malam-yeah!!!selamat tiba

i'm really enjoy the trip..lain kali ada peluang lagi nak pergi lagi...sangat enjoy..but for the next time nak jelajah pulau2 yang ada kat sana pula..

Wednesday 13 July 2011

Jadi Mangsa...

sejurus ayah pulang dari kerja jam 10 malam....

mak:macam mana holiday plan?kena ada kat hospital bila?
ayah:hmm...khamis malam jumaat..about jam 10 malam bertolak..balik hari ahad tengah hari..
mak:laa..yeke?kalau macam ni budak2 kena ambil cuti la..
adik2:yess!!!!jumaat takyah pergi sekolah..
mak:rabu malam khamis kemas barang ye..beg masing2..
adik2:ok!!!
kakak:seronok la ye korang kalau bab2 ponteng sekolah ni ye..hah!!balik dari holiday jangan lupa buat surat cuti..
adik2:eh??ada orang tu cuti..nape pulak kena buat surat..orang yang tengah cuti la buatkan..
kakak:wah3...time ni la nak practice buat karangan surat rasmi..
adik2:tak nak..orang tu tengah cuti..buatkanlah..
kakak:.....................(aku la ni jadi mangsa lagi..huhu)

conclusion:sebagai seorang penganggur sementara,,terpaksalah study karangan semula yang telah ditinggalkan selama 2 tahun..karangan surat rasmi??karangan nilah yang pelajar takkan buat dalam exam..and,,and,,and,,at the same time belajar bahasa melayu baku pula..

sebagai seorang penganggur bukan bermakna dia duduk di rumah senang lenang ye..buat pengetahuan,,lagi banyak benda yang perlu diuruskan..lagi2 dah nak puasa ni..huhu..
projek seorang penganggur::
*uruskan rumah(kira practice jadi suri rumah la ni)
*habiskan waktu terluang dengan membaca buku(supaya otak tak karat)
*tolong bisnes mak(kerja mengira je la)
*tonton tv puas2..(selagi tv depan mata)
*jadi PA mak jugak(teman beli barang dapur n shopping)
*jahit langsir(nasib baik tak kena jahit baju..menangis tak berlagu kang)
*buat kuih raya(projek bulan puasa)
*holiday!!(setelah setahun tak holiday with family)
*gain weight(kurus sangat ke aku ni?)
*buat surat rasmi(setakat ni dah buat 3 surat dah)

so,don't judge a book by its cover ok..walaupun duduk rumah tak bermakna kita ada free time yang banyak..hmm..tak sabar nak tunggu bulan puasa..lagi pack masa lagi seronok hidup ni..(gian nak "busy"kan diri)

Wednesday 6 July 2011

Bersihkan Hati Kita........

Tabaranimeriwyatkan daripada Ibnu Abbas, Rasulullah pernah menghantar seorang utusan kepada Wahsyi bin Harb bagi mengajaknya memeluk Islam. Wahsyi adalah bekas hamba kepada Hindun, isteri Abu Sufyan. Wahsyi inilah yang membaling tombak kepada ayah saudara Nabi, Hamzah bin Abdul Mutalib sehingga mati pada Perang Uhud. Manakala Hindun inilah yang memakan hati Hamzah. Atas jemputan itu, Wahsyi datang menemui Nabi. Lalu Nabi mengajak memeluk Islam.

Jawab Wahsyi, "Ya Muhammad,bagaimana pula engkau menyeru aku supaya memeluk agamamu, sedangkan engkau pun selalu berkata, barangsiapa yang membunuh, syirik, berzina, maka dia layak dimasukka ke neraka,digandakan kepadanya azab sengsara di akhirat, bahkan dia kekal dalam neraka. Sedangkan semua itu aku lakukan. Apakah ada kekecualian bagi diriku?"

Kemudia turunlah ayat 70 surah al-Furqan yang bermaksud "Melainkan orang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka bagi mereka Allah tukarkan kekejian mereka dengan kebajikan dan Allah itu bersifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Wahsyi berkata pula, "Ya Muhammad, syarat itu sangat ketat bagi orang seperti aku, yakni syarat ' melainkan orang bertaubat dan beramal soleh.'Rasa-rasanya aku tidak mampu melakukan semua itu."

Maka turun ayat 48 dalam surah an-Nisaa' yang bermaksud, "sesungguhnya Allah tidak mengampunkan selai daripada itu, bagi sesiapa yang dikehendakinya."

Kemudian Wahsyi berkata, "Ya Muhammad, aku rasa syarat ini pun aku tidak mampu, sebabnya aku pun tidak pasti sama ada Allah mengampunkan aku. Tidak adakah ayat yang lain?"

Maka turunlah ayat 53 dalam surah al-Zumar yang bermaksud, "Wahai hambaKu yang mensia-siakan diri mereka, janganlah kamu semua berputus harap dengan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Mendengar itu, Wahsyi memeluk Islam dan beliau ialah pejuang yang hebat sehingga terbunuh di medan perang.

Kisah Wahsyi adalah antara puluhan cerita kemaafan dan sifat baik Rasulullah SAW.  Dia pernah menjadi musuh paling ketat baginda. Bahkan Rasulullah SAW kehilangan bapa saudara yang dikasihi angkara mereka. Namun, sifat tidak membalas dendam baginda menyebabkan musuh yang paling ganas bertukar menjadi sahabat yang paling kuat berjuang.

Orang yang bagaimana sekalipun keadaannya, dia menjadi baik apabila dilayan dengan baik. Kasih sayang sifat pemaaf dan penghormatan dapat menjadikan seseorang itu terpaut dengan apa yang kita kata. Oleh itu, sifat Rasulullah SAW ini adalah contoh bagi umatnya. Apabila kita dapat mengatasi marah, dendam dan kebencian dengan pancaran kasih sayang, cinta dan rasa hormat, maka insan yang bagaimanapun cuba bermusuh dengan kita, Insya'allah menjadi orang baik dan mulia dengan kita....

Sumber:Cerita-cerita Motivasi Jiwa
Karya:Dr, Shukri Ahmad, Wan Ab. Rahman Khudzri Wan Abdullah

dari kisah ini banyak yang kita boleh ambil manfaatnya..kita kena ingat bahawasanya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun atas segala dosa-dosa hambaNya..tidak kiralah dosa besar apatah lagi dosa-dosa kecil..kita juga kenalah contohi sifat yang ada pada Rasulullah sendiri..dendam kesumat yang ada dalam diri haruslah kita jauhi..semoga orang yang berdendam dengan kita menjadi sahabat yang setia dalam perjuangan hidup kita..Wuallahu'alam..=)

Monday 4 July 2011

Upin & Ipin...=)

Bersempena Karnival Amal..
berlangsung 2 hari..
2 dan 3 Julai 2011..
at SRAI BBB..

i went there yesterday..
semua ni gara2 nak teman my adik jumpa dengan maskot Upin & Ipin..
mama bagi RM50,,kami hampir menghabiskan duit tu..boroskan..hee
mana tak nya..makanan semua sedap2..dah la hobi saya makan..
plus ada jualan buku..saya memang gila kalau nampak buku..
kalau boleh nak miliki semua..(macam terbaca je..haha)

seronok jumpa Upin & Ipin..
even maskot sahaja..
my adik berpeluang bergambar with them..
dia ajak saya bergambar..
tapi segan la..
sebab yang berkerumun nak bergambar semuanya budak2 sekolah rendah..
malulah..dah la time beli makanan orang panggil saya 'akak'..
tua sangat ke saya ni..umur tak masuk 20 lagi..


.. ramai sangat peminat Upin & Ipin ye..

..pandai mereka posing..

tapi sayang,,xdapat pergi malam 2 Julai..
kalau tak boleh berjumpa dengan Ustazah Siti Norbayah..
coz saya ni peminat dia..
kagum tengok kalau dia bagi ceramah..


satu hari tu letih sangat..mana tak nya..pergi karnival seawal jam 10 pagi hingga 2 petang..jam 4 petang tolong mama(bisnes)..malam lepas Isyak pergi surau taman ada ceramah..tapi satu hari tu ialah hari yang bermakna..tak rugi pergi ceramah malam tu..(ikutkan tak nak pergi sebab penat sangat)ustaz yang sampaikan ceramah sangat best..pemikiran dia global..serba tahu pasal perkembangan remaja kini..so,,sangat tertarik..hope the next ceramah kat surau dia yang akan sampaikan lagi..=)

Friday 1 July 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...Allah permudahkan urusanku..pagi tadi ada test JPJ..awalnya takut sangat..bukan apa..takut fail je..kalau fail kesian kat mama yang keluar duit..mungkin ni juga berkat doa mama agar anak dia tak kecewakan dia..thanks mama..actually masa test kat litar hampir-hampir je nak fail..part kat bukit pula tu..huhu..tapi tengok pegawai JPJ buat donno je..hehe..peluang la..apa lagi..mungkin ini juga kuasa Allah untuk luluskan aku..tak sangka sangat..yang paling kelakar bila test kat jalanraya pegawai JPJ tu siap tertidur lagi..haha..plus berdengkur lagi..haha..memang la..nasib baik dia bagi markah ok..apa apa pun semuanya dah settle and dah berlalu..lepas satu beban..Alhamdulillah!!!

tengah hari mama ajak makan luar..hmm..maklumlah..hujung minggu..malas nak masak..plus sebab penat and letih uruskan rumah..muak tengok rumah untuk beberapa waktu ketika..haha..hari ni try makan kat MFC a.k.a Muzdalfa Fried Chicken..(cam tu la lebih kurang nama panjang dia)..restoren dia looks like KFC..makanan kat situ not bad la..sangat puas hati..kepunyaan orang Islam..(merupakan kejayaan anak melayu)..makanan yang jual kat restoren tu macam gabungan restoren fastfood KFC,McD and PizzaHut..berbangga pada pemiliknya..lepas ni xperlulah pergi makan kat restoren milik Yahudi kan..yakin halal,bersih dan terjamin..hmm..

dah lulus ujian memandu,,lepas ni jawabnya jadi driver la..not bad..practice make perfect..and satu urusan dah selesai..hmm..lepas ni move to the next project pula..projek apa ye??just wait..=)