Search This Blog

Friday 25 November 2011

La Tahzan..

ya Allah,apa dosa aku sehingga aku merasakan aku dipinggirkan..
ya Allah, apa salah aku sehingga aku merasakan orang benci dengan diriku..
hinakah aku di mata mereka..hinakah aku di matamu..
i admit perkara sebegini pernah terjadi pada kehidupanku yang lalu..
aku telah cuba sedaya upaya aku agar aku tak dipinggirkan orang sekkelilingku..
bukan aku mahukan perhatian..
tetapi aku cuma inginkan pergaulan yang akrab antara mereka..
akrab sebagai sahabat yang saling mengambil berat..yang sering bersama kita di kala senang dan susah..
betul la kata pepatah yang mengatakan 'kawan ketawa senang dicari,,tapi kawan menangis sangat susah dicari',,
kini aku rasai..betapa mereka terlampau mementingkan diri mereka..
apakah ini balasan aku..atau engkau sendiri yang sedang mengujiku..

ya Allah,,tabahkan hatiku..pasrahkan hatiku..
limpahkanlah diriku dengan kasih sayang darimu..
tidak ada yang lebih menyayangiku melainkan drimu..
kadang aku hampir putus asa dengan kehidupan ini..
tetapi kerana dirimu aku kuatkan semangat untuk hidup..
seharusnya aku bersyukur kerana diberi peluang merasai nikmat menghargai ciptaanmu..
apalah dunia ini jika nak dibandingkan dengan akhirat yang kekal abadi..
apalah kehidupan ini melainkan untuk mencapai redhamu untuk aku merasa peluang bersama dirimu..

Wednesday 23 November 2011

Saat Perjalanan Adalah Pencarian Hidup

nak promote lagu kat sini..hihi..
sejak belakangan ni saya asyik dengar lagu 'Menjemput Bidadari'..
bila dengar lagu ni barulah hati ni kuat mengatakan bahawa orang yang kita sayang sekarang belum tentu lagi jadi orang yang akan kita sayang untuk masa akan datang..
and from this song juga saya dapat kekuatan untuk terus berdoa semoga 'si dia' milik saya untuk satu hari nanti..
and..and..from this song juga beri saya kekuatan bahawa kalau 'si dia' bukan untuk saya bermakna 'si dia' tak layak untuk saya dan saya tak layak untuk 'si dia'..
kalau memang dah tercatat 'si dia' milik saya,,walau ribut taufan melanda pun dia tetap milik kita..

antara lirik lagu tu;
Laksana Zulaikha jalani hari,
sabar menanti Yusof sang tambatan hati,
di penantian mencari diri,
memohonkan ampunan dipertemukan..

kalau bagi kita dia tu dah cukup baik and soleh,,so kita yang jahil and merasakan tak setaraf dengan dia kenalah sentiasa memohon keampunan dari Allah agar semua dosa kita terhapus dimana baru kita layak untuk dia..
so,,pada teman-teman kat luar sana,,janganlah merasakan anda tersangat jahil sehingga anda membuat andaian kemungkinan besar jodoh anda sejahil anda..
jodoh pertemuan semua ditanganNya..Dia saja yang tahu..
kalau jodoh kita seorang yang baik,,soleh,,solehah,,alhamdulillah la kan..Allah beri terbaik untuk kita..
tapi kalau dapat jodoh yang sedang-sedang kekuatan agamanya janganlah kita mengeluh..
sebab Allah tahu apa yang telah Dia tetapkan untuk kita..pasti ada hikmahnya yang tersendiri..kita tak nampak tapi Allah tahu..
semua orang kalau cakap pasal jodoh semuanya mesti nak yang baik-baik je kan..
cuma tak tentu dapat tak dapat je..
hishh..tak boleh kata begitu..apa yang kita dapat tu la yang terbaik bagi kita sebenarnya..cuma kita je yang tak tahu dimana letaknya istimewa tu..setiap dir insan ni Allah dah bagi keistimewaan..terpulang pada kita je nak menilai yang mana satu keistimewaan tu..

entri ni macam tak link pulak dengan tajuk dia..hihi..sebenarnya maksud saya ‘Saat Perjalanan Adalah Pencarian Hidup’ ialah dalam kita menjalani kehidupan seharian kita ni sebenarnya kita tengah mencari erti kehidupan yang sebenar..senang dikatakan apa yang kita jalani kini,,sebenarnya kita tengah menyesuaikan diri kita untuk menjadi hambaNya yang terbaik..
baik macam mana?
baik yang dikategorikan kita layak untuk mendapat tempat di syurgaNya nanti..
layakkah kita?
sebab tu la ada pepatah yang mengatakan ‘semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari esok lebih baik dari hari ini’..
macam mana nak buat?
kenalah kita buat target..ciri2 yang macam mana yang membolehkan kita mendapat tempat di syurga nanti..
and kita juga kena fikir,,semakin hari diri ni semakin meningkat usia..oleh itu,,pemikiran kita juga kena la selaras dengan peningkatan umur kita ini..
saya sedar,,sukar nak ubah diri kita yang sekarang..masalahnya,,kalau kita dah cukup baik Alhamdulillah..tapi,,masalahnya saya merasakan diri saya tak berapa nak matang lagi..

kadang  saya simpati lihat mak ayah kita..macam mana mereka galas tanggungjawab mereka..berat sangat beban yang mereka pikul..
and pada masa yang sama saya terfikir,,mampukah saya seperti mereka?
mampukah saya berubah kearah yang lebih matang dalam saya mengharungi dunia yang semakin mencabar?mampukah saya menguruskan diri saya?
apatah lagi kalau sudah bekerja nanti?macam mana pulak kalau dah bina keluarga nanti?
nak uruskan isteri?nak uruskan suami?anak-anak lagi?keturunan lagi?

Beratkan hidup ni..saya takut nak jadi dewasa sebab saya tahu orang dewasa tanggungjawab mereka sangat berat..nampak mudah pada mata kasar orang sekeliling tapi apa yang ditanggung orang lain tak rasa..

Mama pernah pesan..setiap hari kita tu biar didampingi ‘love letter form Allah’..sebab Allah je yang tahu isi hati kita,,tahu apa yang kita tanggung..sakit kita,,pedih hati kita..sekurang-kurangnya satu hari satu muka surat..sebab bila kita ingat Allah,,Dia pasti akan ingat kita..dan Dia akan protect kita..orang lain tak oleh sentuh kita atau kacau kita..Dia sentiasa pelihara kita dari benda yang tak baik..semoga Dia terus jaga kita and lindungi kita semua..amin..=)


kadang2 saya rindu dia..tapi saya kena kuatkan hati untuk lupakan dia buat sementara waktu..dia sibuk..saya sibuk..kalau dia bukan untuk saya,,moga dia berjumpa pasangan dia..saya sedar kalau dia bukan untuk saya,,itu sebab saya tak mampu nak jadi baik macam dia..dia terlalu baik pada pandangan mata saya..walaupun saya dah cuba untuk jadi baik yang melayakkan saya untuk dia..wuallahualam..=)

Thursday 10 November 2011

Langkah Tercipta...

Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan.

Mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.

ALLAH..
inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,

Haruskah aku mengalah,
namun hati kuberbisik,
inilah dugaan.

Dan mataku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),

Tak dilontarkannya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.

ALLAH..
pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku.

Kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
PadaMU ku meminta.

Daku mohon agung kudratMU,
Wahai Tuhan yang Satu,
Segalanya dariMU.

lirik by UNIC

moga aku setabah lagu ini..hanya yang Esa tempat aku berharap..=) 

Wednesday 9 November 2011

Mid Sem Break Dah Tiba..=)

perjalanan aku dari perlis ke selangor memakan masa yang lama..
hati melonjak keriangan memikirkan waktu untuk bertemu keluarga lebih-lebih lagi ibuku yang tercinta..
sebelum ni kami hanya berkongsi cerita through phone je..
tapi kali ini aku pulang untuk menatap wajahnya..
terharu saat terlihat kelibat ayah and mama yang menungguku..
tapi aku cekalkan hati..senyuman aku lebar saat terlihat mereka..
banyak ceriat kami kongsikan bersama..

malam jumaat aku bertolak dari perlis jam 10.30 mlm..
sampai ke selangor jam 6.30 pagi..
lamakan perjalanan..
dalam bas susah nak tidur mengenangkan tilam yang empuk kat rumah plus tempat tak selesa..
at the same time perasaan excited nak jumpa mama and ayah yang membuak2..hihi..
sangat gembira hati ni..
pastu mama beritahu esoknya(sabtu) petang kita pulang ke kampung(johor)..
hebat tak hebat perjalanan aku..dari utara ke selatan tu..
penat dalam bas tak hilang lagi dah kena ke selatan malaysia plak..
tapi ni aku anggap sebagai percutian bersama keluarga memandangkan kami dah lama tak spend masa bersama..
berada di kampung sehingga hari selasa..
selasa pagi kami bertolak awal dari segamat sebab kami nak buat aktiviti keluarga..
nak tahu apa dia?
kami nak pergi gunung ledang..
Ya Allah ya Tuhanku..nak mendaki gunung tu punyalah payah..
kami pergi mandi kat puncak means kat last stop..
kesian kat mama bila dia semput daki gunung tu..
aku yang tolong teman yang lain semua bersemangat nak sampai atas dulu..
banyak kali juga la kami berhenti berehat nak rehatkan kaki yang dah tak larat nak mendaki tu..
tapi bila dah sampai last stop aku teruja..air dia sangat bersih..
Subhanallah..subhanallah..subhanallah..
indah ciptaan Ilahi..
air terjun yang tidak henti2 mengalir..
bunyi unggas2 yang tiada penghujungnya..
kehijauan daun-daunan sejuk mata memandang..
tenang rasanya bila dah sampai last stop tu..
bila melihatkan airnya yang jernih,,jelas kelihatan ikan2 seronok bermain..
ikan2 kat situ semuanya jinak..
hulur je kaki,,banyak ikan yang datang..
terasa macam pergi spa fish je..
paling terkejut bila mama sangat sporting nak basahkan diri dia..slalunya dia nak ala2 basah je..
tapi kali ni kami berlama kat bawah air terjun..macam mandi air shower gitu..hihi
rasa macam tak nak keluar2 je dari jejak air tu..dah la airnya bersih..boleh buat minum..gerenti la tak sakit perut..
sebelum kami keluar dari area johor,,kami singgah di bus stop tangkak menikmati otak2..kat situ otak2 dia sangat sedap..
sambil makan ABC..nikmatnya bila spend ngn family..
rasa cuti kali ni sangat bermakna..
okay..continue my diary of midsem break later okay..=)

ikan2 kat gunung ledang..=)