Search This Blog

Tuesday 14 February 2012

Missing In Action (MIA)

i'm missing in action for 2 weeks..
sorry la ye kawan2..
bukan hilangkan diri main2 pun..
tapi ada tugas dan tanggungjawab yang harus diikuti dan ditunaikan..

nak tau tak apa yang saya buat selama 2 minggu menghilang tu..
hurmm..tak nak tau sudah..tapi nak cerita jugak..sebab 2 minggu tu sangat bermakna dalam hidup..

start from 27 Jan 2012 hingga la 11 Feb 2012..
"270112-310112"
tarikh ni apa yang saya buat ye?
time ni pagi petang siang malam ada kelas teori dan aktivit bina fitness badan..
(i'm not body builder okay)
nak kata nak bagi badan tough takde la sampai macam tu skali..
tapi cukup sekadar membina kekuatan fizikal je..
jaga kesihatan badan,,jantung,,perjalanan darah,,buah pinggang dan banyak lagi la..

"010212-040212"
nak tahu tarikh ni tarikh apa?
tarikh ni la waktu untuk saya praktikal kan apa yang saya dah belajar teori and bina fitness pada tarikh sebelum ni..
hehe..
nak tahu praktikal apa yang saya buat..
haa..jangan terkejut tau..
sepanjang tarikh ni la saya belajar hidup di hutan..
masak makanan sendiri,,tak mandi sepanjang tarikh ni,,hidup tanpa teknologi(no phone,,no laptop,,even berita pasal apa yang terjadi kat dunia skalipun)
hebat kan..
time dalam hutan saya telah di'train' seperti tentera..
bina kubu,,guna senjata(M16 je pun),,daki bukit dalam 1 km sambil galas backpack yang ntahpapentah yang saya bawak untuk survive dalam hutan tu,,berjaga 1 malam untuk menentang musuh,,4 pagi berjaga untuk mission,,share berus gigi sama2.(tak kira laki pompuan),,share makan sama2,,cuma tidur je asing laki pompuan..
banyak yang say belajar dalam hutan ni..
belajar untuk ubah diri saya,,bina jati diri,,didik diri agar tak bersikap pentingkan diri,,menghargai keindahan ciptaan semulajadi Ilahi..
serious sampai tak terkata and tak tercerita tang nak menggambarkan betapa seronoknya hati ni..

050212
tarikh ni saya belajar benda baru..
nak tahu belajar apa?
haa..saya belajar cuci senjata M16 a.k.a laki saya..hehe
pasal M16,,setiap tentera yang ada senjata kena jaga senjata dia macam kita jaga laki or bini kita..
memang kena sayang habis la kat M16 tu..dapat berpisah dengan laki saya bila time M16 tu kena stay dalam bilik simpanan senjata..
dengar macam mudah kan..cuci M16..
tapi anda semua tahu tak saya ambil masa berapa lama nak cuci M16 ni..
2 JAM..percaya tak??
bukan mudah ye..dan2 saya jadi musang bila cuci laki saya selama 30 MINIT..
betapa kotornya laki saya..

060212-100212
pada tarikh ni kami satu squad ditempatkan di 'lapang sasar' kat UUM..
terkejut tengok tempat tu..
macam gurun pun ada..padang jarak padang tekukur la senang dikatakan..
tapi saya positive kan minda ni..
bila lihat tempat macam tu,,subhanallah..
selama ni hanya tahu duduk kat bandar..nampak bangunan2 yang tinggi lampai..
tapi kali ni semuanya ciptaanNya..betapa agungnya kekuasaan Dia..
waktu malam langit sangat cantik..
dihiasi bulan cahaya bulan dan bintang2..
apa yang saya buat kat sini??
haa..nak tahu gak ke??
kat sini takda buat pape sangat la..
tapi setiap pagi kami akan buat fizikal training selama 2JAM..
mmg rasa macam nak mati je buat segala training2 tu..
petang pun kami ada training juga..tapi selalunya 1 JAM je..
selebih waktu tu kami buat reheasal sebab malam 100212 kami kena buat persembahan pada malam akrab depan Jeneral..
bila tiba waktu malam pula kami buat reheasal persembahan sketsa macam biasa..
bila waktu dah cecah 11 MALAM 1 squad semua jadi miring kepalanya..
macam2 aktiviti kami buat..
konon nak hilangkan stress la..kami karoake la,,dikir barat la,,main masak2 la..
tapi paling best bila dapat berborak dengan jurulatih2 kami..
kami korek pengalaman diorang selama mereka berkhidmat sebagai seorang tentera..
mostly jurulatih2 ni kebanyakannya dari REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA..
So,,ilmu hutan la yang banyak kami korek dari mereka..
macam mana life dalam hutan..nak survive dalam hutan..
taktik dan teknik nak hidup dalam hutan..
etika2 dan peraturan yang patut kita buat dalam hutan..
mereka kata hutan ni satu benda yang hidup..so paham2 la kan cara nak layan benda hidup ni macam mana kan..
kalau sesat dalam hutan macam mana nak buat..macam mana nak kenal tumbuhan and buah apa yang boleh kita makan kalau kita hidup dalam hutan tu..
banyak sangat ilmu..
masya'allah..ilmu Allah sangat luas..

pagi 100212
hari ni hari penutup untuk Latihan Khemah Tempatan buat semua warga PALAPES UNiMAP n UUM..
pagi ni kami semua gerak awal dari lapang sasar..5.30 pagi kot bas dah gerak..
nak gi mana ye?
nak gi hari penutup la..
yang merasmikan hari penutup ni 'Panglima Tentera Darat'..
sebelum upacara penutup tu,,kami yang junior ni diberi kesempatan menyaksikan sendiri senior dan intermediate kami buat pertahanan dan mara..
senior sebagai pertahanan and intermediate sebagai mara..kiranya intermediate serang senior la..
kat sini mereka kena bina kubu macam yang pernah kita saksikan dalam filem Leftenan Adnan tu..
dalam kan..
nampak macam seronok..tapi bila peperangan dah bermula,,kami junior2 semua dah risau..bunyi tembakan dan bom bertalu2..
macam warfare betul dah gayanya..
time ni saya teringat rakyat kat bumi Palestin..
macam mana la anak2 kecil tu boleh hidup dengan bunyi letupan bom ngn tembakan..
huru hara mereka dibuatnya..
sedih saat saksikan warfare tu..sedih kat rakyat Palestin..
saya yang dengar bunyi tembakan dan letupan untuk tempoh 1 jam pun dah takut..apalagi saudara2 kita kat luar sana yang tengah berlaku the real warfare..

malam 100212
MALAM AKRAB..
between UNIMAP ngn UUM..
tema:ROCK
malam ni sangat enjoy..
time malam ni la nak luahkan semua rasa tension dan stress..
memang kami enjoy habis la..even makanan tak cukup,,tapi persembahan la yang buatkan kami happy..
rasa time ni macam tengah berhibur bersama keluarga..
yeaahhhh...malam ni juga merupakan malam khas..sebab malam ni birthday our JENERAL..
Young Officer la yang bertungkus lumus buat gimik2 ni pada birthday JENERAL..


untuk para sahabat saya diluar sana..
takyah la nak racun fikiran sendiri yang life tentera ni teruk,,sosial,,tak berhati perut and all negative thinking..
sebab saya sendiri dah rasa..life tentera sangat seronok..
sebab apa??
bila kita tuntut ilmu ketenteraan ni sebenarnya kita dah pun follow sunnah rasulullah..
sebab baginda kita pun dulu berperang juga..
takkan tak ingat beliau bersama para sahabat pergi berperang semata2 untuk pertahankan Islam..
perang Uhud,,perang Khandak,,perang Badar..
begitu juga kita..bila dah ada ilmu ketenteraan andai suatu hari negara ni dijajah,,kita sendiri yang akan tampil diri untuk pertahankannya..


ramai yang menghalang niat saya untuk mendalami ilmu ni..
tapi saya teguh dengan pendirian saya..
saya nak rasa sendiri macam mana perjuangan rasulullah dahulu menghadapi peperangan..
saya sedar saya seorang perempuan..
tapi tak salahkan kalau ilmu ni sebagai persediaan buat saya di waktu akan datang..
and tak salahkan kalau saya nak menuntut ilmu..lebih2 lagi ilmu ni merupakan sunnah nabi junjungan mulia kita..


wuallahualam..
segala yang baik datang dari Allah,,dan yang kurang baik datang dari kelemahan saya sendiri..


sahabatku..
tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad..
asalkan ilmu itu tidak bertentangan dengan ajaran Allah dan Rasul..
semoga jati diri kita terus meningkat sebab kitalah harapan keluarga,,bangsa dan negara..
kalau kita tak sedar dari sekarang,,siapa yang akan pimpin keluarga,,bangsa dan negara kita pada masa akan datang nanti..
renung2kan..dan selamat beramal..=D