Search This Blog

Friday 10 August 2012

THIS IS MY LIFE NOT YOU..

-muhasabah diri jap =) -

Pernahkah kau sedari untuk apa kehidupan ini?
Pernahkah kau terfikir untuk apa atau tujuan apa kau di dunia ini?

Jika jawapanmu 'ya' , teruskanlah kehidupan ini walau apa jua yang berlaku.
Sedarilah dunia ini hanya seketika, hanya pinjaman sahaja.
Apa yang kau miliki kini , mungkin tidak kau miliki untuk esok hari.
Apa yang kau tidak miliki kini , mungkin kau akan milikinya esok hari.

Janganlah kau persiakan hidup ini.
Kerana sesungguhnya kehidupan ini amat berharga walau kau tidak menyedarinya.
Bangunlah dari mimpi. Jagalah dari tidur.

Andai orang membencimu, masih ada yang sayang...
Andai orang memandang rendah padamu, masih ada yang menyanjungimu...
Andai orang mencercamu, masih ada yang memuliakanmu...
Andai orang menyakitimu, masih ada yang menggembirakanmu dan membuatmu tersenyum...

Percayalah...
Hidup ini hanya sementara
Setiap perkara datang dan pergi
Sama ada perkara yang baik atau sebaliknya
Tiada yang kekal di dunia ini...

Hargailah kehidupan ini
Selagi hayat dikandung badan
Selagi nadi masih berdenyut
Tiada apa yang perlu disesalkan
Ubahlah dirimu dari hari ke hari agar menjadi yang terbaik buat dirimu
Bukan untuk orang lain...

Life is belong to us not others...
Always be yourself in your own way...
may Allah bless us.. =)